Events By: Dharnieya Nur Amelsa January 17, 2023 @ 8:58pm

Sedia Dikritik, Naim Daniel Sentiasa Raikan Perbincangan Di Media Sosial

Sering menyuarakan pendapat mengenai pelbagai isu di laman sosial, pelakon dan penyanyi Naim Daniel sedia menerima apa jua kritikan serta meraikan perbincangan.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 34 menerusi lagu Sumpah itu, dia akan sentiasa berdiri teguh dengan apa yang dipercayainya.

“Saya sebenarnya percaya like every single thing yang kita sampaikan, tak kisahlah saya ke atau siapa-siapa sahaja, there is always gonna be a price untuk kita bayar dan harga dia itu haruslah berpatutan dengan apa yang kita jual.

“Untuk 2023 ini, saya rasa macam whatever yang I can do, my resolution adalah untuk stand firm dengan apa yang saya percaya sebab saya rasa dan saya tahu semua orang pun entitled terhadap ideologi mahupun dia orang entitled terhadap apa yang dia orang nak sampaikan,” katanya.

Tambah Naim, ini merupakan salah satu tanggungjawab untuknya apabila sudah mempunyai jumlah pengikut yang ramai, jadi dia harus menggunakan platform laman sosial untuk menyampaikan pendapatnya.

“Saya rasa whatever kita sampaikan pun, bila jumlah followers yang ramai sebenarnya ia tanggungjawab.

“So kalau kadang kita berdiam diri di atas sesuatu perkara itu pun, mungkin akan menjadi satu masalah untuk kita dipersoalkan sebab kita ada tanggungjawab besar tapi kita tak gunakan media untuk reach out to the audience kat luar sana pun tak boleh juga kan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Pia ini percaya dengan apa yang disampaikan olehnya pasti akan ada yang menyokong dan akan ada juga yang menentang.

Namun, dia sedia untuk menerima segala kritikan dan menggangap teguran itu sebagai tanda Tuhan menghantar seseorang untuk menegurnya.

“Sebab whatever it is pun, saya percaya apa sahaja disampaikan there is always gonna be someone yang support dan menentang. Mereka yang menentang tu pun saya percaya itu adalah teguran juga.

“Saya tak menghalang untuk sesiapa saja yang nak berikan sebarang kritikan kepada saya sebab saya percaya teguran itu kadang-kadang Tuhan nak tegur kita, tapi Dia hantar orang untuk tegur kita.

“Jadi, saya akan sentiasa meraikan perbincangan kat sosial media, whatever dia orang nak sampaikan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia akan melakukan ‘post-mortem’ pada setiap hujung tahun dan akan menyemak kembali setiap ‘tweet’ yang dilayangkan untuk melihat perkembangan sepanjang tahun.

“Saya pun ada buat my own ‘post-mortem’ every year. Macam hujung-hujung tahun saya akan tengok dan check balik every single tweet macam oh dulu 2020 macam ini, 2021 atau 2022 macam ini. So, saya dapat tengok ‘development of me’ dan akan cuba ‘keep track’ benda tu,” akhirinya.

Naim ditemui XTRA di sidang media Konsert Patah Hati anjuran ANS di Midvalley yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Mac 2023.

Untuk pembelian tiket boleh dibuat di laman web www.ticket2u.com.my bermula 12 Januari 2023 pada jam 3.00 petang.

Dalam perkembangan lain, Naim dan Sissy Imann juga sedang bersaing dalam Famili Duo.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Trending Sun, 20 Jan 2019

Nama Pada Bayi ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ , Apa Maksudnya?

Janggal, Bayi Baru Lahir Diberi Nama ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ Rupanya Bermaksud Ini

Trending Wed, 28 Jul 2021
Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Ramai Yang Nak Jadi Menantu Jasmin Hamid, Dah Kenapa??

Kacaknya anak bujang pelakon ini dimana tular sudah gambarnya dan ada yang pasang angan-angan untuk menjadi bakal menantu !!

Featured Sun, 29 May 2022
Hiburan Thu, 4 Jul 2019
Hiburan Mon, 25 Mar 2019