“Sekurang-Kurangnya Dapat Tolong Mereka” – Mat Salleh Turut Serta Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan dua orang mat salleh turut membantu dalam misi membersihkan rumah mangsa banjir.

Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @ryanmahowlett, berkongsi tentang penglibatan dirinya dan seorang lagi rakan dalam usaha membersihkan rumah mangsa banjir selama tiga hari.

@ryanmahowlett

I’m very proud of the work that everyone has been doing at Decathlon and Masala Wheels recently and had to share 🇲🇾 #banjir2021

♬ original sound – Ryan Howlett

Lelaki itu turut membantu orang awam yang terperangkap dalam banjir selain memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan.

“Pada hari pertama, saya pergi ke kawasan Chow Kit untuk menderma sedikit makanan dan air kerana mereka mengalami gangguan elektrik dan air buat seketika.

“Pada hari kedua, saya ke Kota Kemuning, Shah Alam. Saya lihat masih banyak banjir di sekitar sana dan kami mengambil sedikit makanan di sana.

“Kami cuba membantu beberapa orang yang terperangkap di situ dan juga penduduk di sekitar kawasan PPR.

“Pada hari ketiga, kami ke Hulu Langat untuk membersihkan beberapa rumah yang penuh dengan lumpur dan ramai orang terpaksa membuang barang mereka.

“Ia huru-hara tetapi sekurang-kurangnya kamu dapat membantu mereka walaupun mereka tiada di sana,” katanya dalam video.

“Terima kasih atas kebaikan anda!” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terharu dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh lelaki ini.

Video yang dimuat naik itu telah ditonton sebanyak 348,900 tontonan dan lebih dari 60,800 tanda suka sejak ia dimuat naik pada hari Selasa.

Marcella