Kisah Viral By: Aisyah Badrul May 1, 2020 @ 9:00am

Selepas Terima 1 Juta Komen, Lelaki Ini Tunaikan Janji Gunting Rambut Unik Secara Live

Jangan dicabar kuasa warganet di Malaysia, kan dah mendapat!

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Rafiezul Anwar bertindak menunaikan janjinya selepas memuatnaik foto stail rambut pelik dengan kapsyen yang mengundang reaksi warganet.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Rafiezul menulis jika dia menerima 1 juta komen untuk foto itu, dia akan memotong rambutnya seperti di dalam foto tersebut.

Kredit foto: Facebook Mohammad Rafiezulanwar

” Dapat 1M comment, aku akan potong rambut mcm ni ..
Takkan dapat punya 1M comment tu ..,”

1 juta komen dalam masa 12 jam sahaja

Tidak dinafikan rakyat Malaysia sememangnya menggemari perkara-perkara pelik seperti ini. Belum pun sampai 12 jam, foto ini telah dibanjiri dengan komen-komen warganet dan telah mencecah 1 juta! Sekejap sahaja warganet buat kerja ya.

Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Tidak melupakan apa yang ditulis, Rafiezul melunaskan janji untuk memotong rambutnya dengan potongan rambut “pelik” itu.

Apa yang menarik, Rafiezul memotong rambut sambil melakukan siaran live di Facebook miliknya. Siaran live tersebut telah mendapat 200 000 tontonan dan 9 000 kongsian.

Seperti yg telah dijanjikan .. Gunting Rambut ..

Posted by Mohammad Rafiezulanwar Jaffri on Wednesday, April 29, 2020

Respon positif warganet

Rata-rata warganet memuji keberanian Rafiezul menunaikan janjinya. Rafiezul juga menjelaskan dia akan mengekalkan stail rambut ini untuk beberapa hari sahaja sebelum membotakkan kepalanya.

Kredit foto: Facebook Mohammad Rafiezulanwar
Kredit foto: Facebook Mohammad Rafiezulanwar

Menerusi siaran live di Facebook, Rafiezul juga sempat berpesan kepada warganet supaya berfikiran positif dan mengaggap perkara ini sebagai satu hiburan sahaja.

Apa-apa pun salute untuk Rafiezul kerana berani menunaikan janjinya. Tak semua orang berani nak buat potongan rambut seperti itu kan?

Sumber: Facebook Mohammad Rafiezulanwar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Aug 2022
Featured Wed, 30 Nov 2022

“Lawa Gila!” – Netizen Puji Rupa Paras Qadejah Anak Aliff Syukri

Anak perempuan kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra yang semakin menginjak dewasa berjaya mencuri perhatian ramai dengan kecantikan semula jadi. Terbaharu, tular sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Qadejah di laman TikTok memaparkan […]

Featured Tue, 14 Feb 2023

Kesal Netizen Hambur Kata-Kata Tak Senonoh Kepada Isteri & Arwah Ibu, Jiran Dakwa Ali Puteh Ada Niat Buruk – “Dia Nak Rumah Tu”

Alamak, betul ke ni? Tapi kot ye pun, janganlah sampai menghina orang yang dah tiada 😭😭😭

Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Featured Sun, 25 Sep 2022
Featured Fri, 3 Feb 2023
Featured Fri, 22 Apr 2022

Sudah Memasuki Carta Trending Di YouTube, Netizen Dakwa MV Lip Lap Raya Siti Nurhaliza Ambil Konsep MV Adele?

Yeke? Min tengok cantik dan menarik je MV Siti Nurhaliza. Nombor syaatuu gitu🔥

Featured Tue, 11 Apr 2023