Featured By: Halimey Zamal December 22, 2022 @ 2:28pm

Sempoi Layan Pengamal Media, Anwar Ibrahim Ajak Pergi Kelantan Lawat Mangsa Banjir

Tular sebuah video memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempoi mengajak pengamal media untuk turut serta bersamanya melawat mangsa banjir di Kelantan.

Video terbabit dikongsikan oleh @jason.yew di TikTok dan mendapat perhatian ramai.

“Ok terima kasih, Assalamualaikum.

“Saya nak pergi Kelantan, siapa nak ikut pergi Kelantan?” ucap Anwar.

Sementara itu, pertanyaan tersebut dibalas oleh beberapa pengamal media yang berbesar hati mengikutinya untuk menghulurkan bantuan.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet memuji Anwar yang mengutamakan kebajikan rakyat dan mendoakan agar urusan Anwar di Kelantan dipermudahkan.

“Sentiasa prihatin tak kira negeri pembangkang atau kerajaan.

“Alhamdulillah, semoga PM selamat dalam perjalanan. Tak rehat-rehat DSAI ni.

“Wajah tenang saja walaupun penat, hebat PM kita simpan rapat-rapat penat lelah. Moga Allah permudahkan urusan DSAI dan diberikan nikmat kesihatan yang baik,” tulis warganet.

Terdahulu, Anwar telah meluluskan sejumlah RM 100 juta buat negeri Kelantan dan Terengganu  bagi mendepani becana alam, banjir. Kelantan dan Terengganu akan memperolehi RM 50 juta bagi setiap negeri untuk menjaga kebajikan masyarakat susulan keadaan banjir yang serius.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Featured Tue, 17 May 2022
Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Mon, 3 Apr 2023
Gaya Hidup Fri, 20 Dec 2019

Hari Keganasan Terhadap Wanita Sedunia: Apa wanita Malaysia perlu tahu?

Ketahui juga masalah keganasan terhadap wanita di negara lain

Trending Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Thu, 26 May 2022
Hiburan Sat, 25 Sep 2021

Selepas Zul Ariffin & Remy Ishak, Zizan Razak Pula Tarik Diri ABPBH34

Selepas pelakon Zul Ariffin dan Remy Ishak menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34), kini pengacara dan pelawak Zizan Razak membuat keputusan yang sama. Zizan menyampaikan khabar ini menerusi kemas kini […]