Events By: Salma Syahbuddin April 29, 2022 @ 2:45pm

Siasat Kes Kematian Baby Adam, Polis Panggil Siti Bainun Rekod Keterangan

Walaupun kes melibatkan penderaan ke atas adik Bella masih belum reda, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sekali lagi dipanggil pihak polis bagi memberikan keterangan berhubung kematian bayi lelaki berusia 10 bulan.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Seperitendan Ashari Abu Samah, pihak polis telah membuka kertas inkuiri untuk menentukan sama ada terdapat elemen jenayah dalam insiden yang berlaku pada tahun 2020 melibatkan baby Adam atau Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim.

“Polis telah membuka kertas inkuiri untuk menentukan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian bayi tersebut.

“Sepatutnya Siti Bainun telah dirakam keterangan beberapa hari lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana wanita terbabit sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta,” katanya.

Polis kesan individu dikenali sebagai Cikgu Fadli

Tegasnya lagi, pihaknya kini sedang mengesan seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Fadli bagi membantu siasatan berkaitan kes bayi tersebut.

“Individu berkenaan telah mendakwa kononnya tiada proses bedah siasat dilakukan ke atas mayat bayi tersebut.

“Seharusnya individu berkenaan merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, dakwaan yang dikeluarkannya sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan awam dan membawa kepada tanggapan kononnya polis tidak melakukan siasatan yang sebaiknya dalam kematian mangsa,” jelasnya.

Siasatan polis sebelum ini mendapati kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam pada 2020, tiada sebarang unsur jenayah.

 

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Jun 2018

Kedutaan Malaysia Di Korea Utara Dibuka Semula

Kita patut jaga air muka Korea Utara dan pastikan mereka mengambil bahagian dalam rundingan antarabangsa untuk mengamalkan pendirian besederhana, seperti dasar diamalkan sebelum ini.

Trending Fri, 7 Jan 2022

5 Selebriti Popular Malaysia Berguru Dengan 8 Master Dari Korea & Malaysia Dalam Master In The House Malaysia!

Primeworks Studios telah berkolaborasi dengan SBS Korea untuk menerbitkan Master In The House Malaysia yang akan mula bersua dengan penonton TV3 mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10 malam! Bakal bersiaran untuk 10 […]

Trending Mon, 11 Feb 2019
Featured Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Mon, 3 Jun 2019

’Cukup Buat Saya Macam Pengemis’- Bekas Isteri Cef Fikree Kecewa Kena Halau Rumah

Saya tu perempuan, awak tu lelaki. Berhenti, tolong berhenti membuli…

Selebriti Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Pendakwah Popular Ini Terus Dikritik Selepas…

Menerusi Tweet pendakwah muda ini, dia menulis apa yang terjadi di Indonesia termasuk di Lombok adalah satu pengajaran dari Allah SWT kerana maksiat telah banyak berlaku terutamanya di kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.