Kisah Viral By: Dharnieya Nur Amelsa November 5, 2022 @ 3:27pm

Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

Suami kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan, Gerry Hughes disahkan meninggal dunia pagi semalam.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh anak penyanyi itu, Atilia Haron yang juga merupakan seorang selebriti.

Memetik laporan Harian Metro, Atilia memaklumkan yang ibunya kini dalam perjalanan ke Tasmania, Australia dan berita pemergian bapa tirinya itu dikhabarkan oleh Salamiah pada pagi Jumaat.

“Kami sekeluarga menerima berita pemergian Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.

“Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-Fatihah,” katanya.

Menurut Atilia, dia tidak dapat mendedahkan punca sebenar kematian Allahyarham bapa tirinya kerana masih menunggu perkembangan daripada ibunya yang dalam perjalanan ke Tasmania.

Hal ini susulan ibunya sebelum ini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri undangan persembahan.

“Nanti bila mama sampai rumah sana saya maklumkan. Saya nak tunggu mama sampai Tasmania untuk maklumkan kepada kami. Mama berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri undangan persembahan,” ujarnya.

Untuk info, penyanyi lagu Menghitung Hari itu telah bernikah dengan Gerry Hughes yang berasal dari Liverpool pada 1 September 2022 dan mereka memilih untuk menetap di Australia selepas bergelar pasangan suami isteri.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 3 Jan 2019
Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tapi Jangan Buat Cara Lacurkan Agama Macam Ni…” – Ajak Kumpul Saham Akhirat Dengan Tengok MV Baru, Shahrulezad Tegur DSV

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali dengan panggilan Budak Ijat tampil menegur tindakan usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) agar tidak mempromosikan muzik video terbaharunya dengan alasan untuk mengumpul saham akhirat. Perkara itu […]

Featured Fri, 17 Feb 2023
Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Ustazah Asma’ Beri Tips ‘Dating’ Halal – “Ajak Ibu Ayah Atau…”

Agak agak kita boleh try tak tips dating secara halal ni? 🥶🥶

Hiburan Tue, 30 May 2023