Kisah Viral By: Aisyah Badrul May 4, 2020 @ 6:01pm

“Tak Payah Cari, Tangan Saya Memang Tiada,” Kisah Rider Kudung Tangan Ini Buat Netizen Tersentuh

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Shahrain Fadzil telah menarik perhatian ramai kerana dia mampu bekerja sebagai penghantar makanan walaupun tidak mempunyai tapak tangan.

Kekurangan yang ada pada diri pemuda ini tidak mematahkan semangatnya untuk bekerja dan membawa motosikal. Perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Edmund Gun.

"Adik boleh tolong angkat?Abang ni tak dpt buat"隔著一道木柵籬笆,隱約從隙縫之間看到是一位GRAB Food 的abang…

Posted by Edmund Gan on Saturday, May 2, 2020

“Sepanjang tempoh PKP ini, saya hanya meminta penghantar makanan menyangkutkan makanan itu di pintu rumah saya. Namun semalam penghantar makanan yang membawa makanan saya meminta saya untuk membantunya mengambil makanan yang saya pesan,”

“Saya pun keluar untuk mengambil makanan tersebut, apa yang mengejutkan saya, penghantar makanan itu tidak mempunyai tapak tangan,”

“Mungkin penghantar makanan itu perasan tindakan saya seolah-olah terkejut sambil melihat tangannya. Pemuda itu terus berkata,

“Tak payah cari, tangan saya memang tiada,”

Edmund Gun juga mengangumi Shahrain kerana pemuda itu masih mampu bekerja walaupun dalam keadaan seperti itu. Malah sebelum masuk ke rumah, Edmund sempat mengambil gambar bersama Shahrain.

Kredit foto: Facebook Edmun Gun

Edmund juga menceritakan keadaan tangan Shahrain ketika ini bukan sejak dilahirkan. Pemuda itu pernah terlibat dalam setu kemalangan ketika sekolah rendah dan sejak itu, dia kehilangan kedua tapak tangannya.

Rata-rata wargamaya yang membaca kisah ini sangat tersentuh dan mengagumi semangat Shahrain.

Kredit foto: Instagram Shahrain
Kredit foto: Instagram Shahrain

Kagum betul bila lihat semangat yang ada pada Shahrain. Semoga Shahrain dan frontliners yang lain sentiasa berada dalam keadaan yang selamat semasa menjalankan tugas.

Sumber: Facebook Edmund Gun & Instagram Shahrain Fadzil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 17 Jun 2020
Kisah Viral Fri, 12 Jun 2020
Kisah Viral Sat, 25 Apr 2020

Sinar Ramadan Baru Buat Adik Ainul Mardhiah

Menitis air mata kenang kesengsaraan adik Ainul Mardhiah..

Kisah Viral Sun, 26 Apr 2020
Kisah Viral Wed, 13 May 2020

Tarawih Di Kawasan Parking Dengan Jarak 2 Meter, Elak Covid-19

Bulan Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Tidak dinafikan, Ramadan tahun ini amat berbeza berbanding sebelum ini. Mesti ramai yang sedang merindui suasana solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid kan? Namun di bandar Jaffa, Selatan […]

Kisah Viral Wed, 20 May 2020
Kisah Viral Fri, 1 May 2020
Kisah Viral Fri, 8 May 2020

| Live TV