“Tengok Dosa Orang Nombor Satu, Dosa Sendiri?…” – Hina Kematian Adibah Noor, Individu Biadap Kini ‘Ghaib’

Susulan komen menghina terhadap peribadi luaran Allahyarham Adibah Noor pada Sabtu lalu, seorang individu dilihat menerima hentaman dan kritikan hebat dalam kalangan netizen.

Malah, tindakannya dilihat seperti menyiram minyak tanah ke dalam api memandangkan, pemergian pelantun lagu Terlalu Istimewa itu mengejutkan ramai pihak.

 

Sedar dengan komen tidak beradab yang ditinggalkan, individu terbabit dilihat telah memadam komen di ruangan balas berkenaan termasuklah menyahaktifkan laman sosial Facebook miliknya.

Bagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk warganet tidak menjalankan ‘kerja’ mereka apabila beberapa tangkap layar mengenai komen terbabit dan juga gambar individu berkenaan kini tular di media sosial.

Bahkan, ramai yang mempertikaikan motif disebalik komen individu tersebut terhadap arwah dan juga foto-foto peribadi beliau yang dilihat tidak menjaga auratnya sebagai seorang lelaki muslim.

Justeru itu, Rasulullah SAW ada berpesan jika mana-mana kita mendengar berita kematian, maka Islam mengajarkan supaya sentiasa menyebut apa-apa yang baik sahaja tanpa mengaitkan perkara yang tidak baik kepada si mati.

Salma Syahbuddin