Featured By: Aqilah Paharuzi April 12, 2022 @ 7:05pm

Tular Pelanggan Berang Beratur Terlalu Lama, Cef Ammar Buat Peraturan Baru – “Setiap Individu Dihadkan..”

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang pelanggan Cef Ammar iaitu peniaga terkenal dengan menu nasi Arab Lamb Shank bertindak menegur Cef kerana menunggu terlalu lama untuk membeli nasi Arab di bazar.

Kejadian yang berlaku di bazar Stadium Shah Alam itu mendapati pelanggan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak sempat membeli nasi Arab yang sudah habis, meskipun telah beratur terlalu lama.

“Lebih 10 tak boleh, you kena bagi peluang dekat yang lain-lain juga,” demikian kata pelanggan berkenaan,” kata pelanggan itu

@mrbukhari46

isu di bazaar stadium shah alam . kedai cheff ammar. #fypシ #fypシ゚viral #chefammarbazzarramadan

♬ original sound – Muhamad Bukhari – Muhamad Bukhari

Susulan peristiwa itu, Cef Ammar tampil memberi penjelasan mengenai isu berbangkit dengan memaklumkan peraturan baru akan dilaksanakan kepada pelanggan yang ingin membeli nasi Arab.

Memetik laporan Mstar, Cef Ammar memberitahu setiap pelanggan hanya dibenarkan untuk membeli nasi Arab sebanyak empat pax seorang dan tidak boleh lebih bermula pada hari Rabu ini.

“Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15,20,25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat.

“Kami juga telah bercakap dengan pihak yang berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya.

“Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam.. iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan,” ujarnya.

Tambah Cef Ammar, dia menyedari ramai pelanggan telah memberi cadangan berkenaan untuk. mengelakkan isu pergaduhan berulang kembali, namun difahamkan mereka juga menetapkan bajet untuk dicapai setiap hari.

“Ya, saya sedar ramai yang beri cadangan supaya kami masak lebih. Saya nak jelaskan, kami juga ada bajet untuk setiap hari. Jika sudah mencapai bajet, itu sahaja.

“Kami tak boleh call kilang, minta masak lagi dan hantar ke bazar. Ini bukan kedai makan seperti KFC atau McDonal’s. Kami tak tahu bilangan pelanggan yang datang setiap hari.

“Ada yang miinta bungkus siap-siap supaya cepat. Tak syoklah kerana kita nak orang lihat makanan dan skil kita secara live. Keduanya, kami kena maintain kualiti makanan.

“Ketiga, kami juga ada staf di mana mereka juga letih, nak berbuka puasa, nak solat. Takkan sepanjang petang hingga malam kita nak duduk di bazar sahaja. Kita kena kemas, buat closing, proses bahan untuk esok pula…semua perkara behind the scene ini pelanggan tak nampak,” jelasnya.

Terdahulu, nama Cef Ammar berbangkit dan menerima tohmahan melampau di serata media sosial dek kerana dipercayai menjual makanan dengan harga Tel Aviv.

Bagaimanapun, isu berkenaan telahpun reda selepas Cef Ammar membuat penjelasan mengenai dakwaan orang ramai itu.

Menurut Cef Ammar, harga makanan yang dijual adalah setanding dengan bahan-bahan yang digunakan, tambahan pula ramai pelangannya yang turut mengakui rasa keenakan serta kualiti yang terdapat pada air tangan cef kelahiran Palestin tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2020

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Khusus untuk si pencinta alam sekitar

Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Anak Faziani Rohban Selamat Bernikah, Namun Kerusi Adik Bongsu ‘Kosong’ Buat Keluarga Sebak!

Alahai min pun ikut sebak! 😥 Apa jadi sekalipun hubungan adik beradik takkan pernah putus…

Trending Wed, 1 Aug 2018

Beyoncé Kongsi Gambar ‘Rare’ Anak Kembarnya, Comel Sangat!

Ini kali kedua Beyoncé berkongsi gambar mereka.

Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Sun, 8 Sep 2019
Trending Sun, 27 Jun 2021