Featured By: Aqilah Paharuzi March 30, 2022 @ 3:55pm

Tular Pensyarah Hina Pelajar Tak Mampu Beli Laptop, Ini Respons UiTM… MPP Pula Gesa Ambil Tindakan Tegas!

Sejak tengah malam semalam tular di ruangan media sosial Twitter mengenai video seorang Pensyarah yang didakwa menghina salah seorang pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40 dek kerana tidak mempunyai laptop untuk kegunaan belajar.

Menurut kenyataan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Jano berkenaan isu ini, difahamkan kejadian tersebut berlaku pada semester tahun lalu dan pelajar tersebut juga telah selamat menerima ijazah.

Memandang serius mengenai isu ini, pihak media Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kebajikan pelajar golongan b40.

“UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

“Pihak universiti juga telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat serta dari pihak alumni,” tulisnya.

Tambahan itu, mengulas mengenai tindakan terhadap pensyarah berkenaan, pihak UiTM memaklumkan mereka akan meneliti isu tersebut dan mengambil tindakan pantas dan sewajarnya.

Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga turut menyelar tindakan pensyarah terbabit yang telah menghina pelajar tersebut tanpa sebarang empati.

Berdasarkan kenyataan tersebut, individu bernama Rasydan Mohd Hassan selaku wakil keluarga MPP UiTM berkata tindakan pensyarah, Profesor Dr. Ts. Roshana Takim dalam video tersebut dianggap tidak beretika dan tidak wajar untuk menghina golongan B40.

“Saya mewakili seluruh keluar MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini,” ujarnya.

Bagaimanpun, sehingga kini pihak UiTM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai sebarang tindakan yang akan diambil kepada pensyarah tersebut yang dianggap sangat melampau oleh rata-rata wargamaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Mar 2019
Trending Sat, 24 Oct 2020

Darurat Kesihatan Dijangka Akan Dilaksanakan

Semoga baik-baik sahaja Malaysiaku!

Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Events Tue, 25 Sep 2018

[#WinWithxtra] List of Winners for Nights of Fright 6 Contest

Remember to read the terms and condition!

Hiburan Fri, 17 Feb 2023
Featured Mon, 18 Jun 2018

ALDO Pelengkap Gaya Seisi Keluarga Di Pagi Raya

Lengkapkan gaya raya anda dengan koleksi jenama ALDO yang super elegant dan classy!

Hiburan Sun, 12 Sep 2021

Alyph Puas Dengan Karya Solo

Sering muncul dengan karya kolaborasi, penyanyi rap Alyph mengakui mahu memberikan fokus terhadap karya solo. Alyph yang merupakan bekas anggota kumpulan Sleeq ini muncul dengan EP solo berjudul III/III yang mengandungi tiga lagu iaitu Skali […]

error: Content is protected !!