Cahaya Mata By: Dharnieya Nur Amelsa January 11, 2023 @ 5:12pm

Usia Kandungan Hampir Cecah 38 Minggu, Mia Ahmad Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad berkongsi perjalanan kehamilan anak ketiganya di laman Instagram, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Mia memberitahu bahawa usia kandungannya hampir mencecah 38 minggu dan kini dia berasa letih serta resah.

Disebabkan oleh itu juga, dia memutuskan untuk bangun lebih awal, bersiap dan berpakaian dengan cantik.

“Pregnancy journey baby no 3. I am entering 38 weeks in a few days. Dah nak due. Feeling so tired bloated, restless. So today, I decided to wake up earlier, put some colors on my face and dress well,” tulisnya.

Tambahnya lagi, setelah melakukan hal sebegitu, dia berasa lebih baik dan bersemangat untuk meneruskan rutin hariannya.

“Guess what? I’m feeling so much better, rasa energized and alive walaupun pagi tadi sebenarnya ada incident mak buyong jatuh tersadung sebab dress ni lah. Nasib takde apa-apa cuma sakit lah sikit nak berjalan ni,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Mia turut memberitahu harapannya untuk tahun ini adalah untuk lebih menghargai waktu dan turut mendoakan agar pengikutnya dapat memanfaatkan waktu bersama dengannya.

Mia turut meminta pengikutnya untuk turut sentiasa mendoakannya.

“Never stop getting up no matter how hard life hits you. Antara goal saya untuk tahun 2023 ni adalah menghargai waktu. Kerana waktu juga adalah makhluk Allah yang juga akan dihisab nanti.

“Jadi every 15 minutes saya akan check waktu dan aware apa yang saya tengah buat. Doakan saya ya. Saya doakan korang pun dapat manfaatkan waktu dengan baik,” akhiri Mia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa kepadanya agar segala urusannya berjalan dengan lancar dan turut memuji kecantikannya.

“Take care kak Mia. Semoga semuanya lancar dan dipermudahkan. Aamin.

“Preggy pun cantik babe.

“Berseri-seri ibu mengandung. Semoga Mia dipermudahkan segala urusan bersalin nanti.

“Semoga dalam lindungan dan kerahmatan Allah Mia dan baby. Terima kasih atas titipan doa untuk kami.

“Inspired dengan kak Mia sekarang. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan buat kak Mia. Terima kasih sebab selalu jentik hidayah buat kami-kami yang leka ni,” komen netizen.

Untuk info, Mia Ahmad dan Mohd Izham Tarmizi mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Sayf Issa dan Iris.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 Oct 2019

Lagi wanita persis ‘Barbie’ ditemui, kali ini mek Kelate!

Penampilan Shafieka tarik perhatian warganet

Hiburan Mon, 22 Aug 2022
Hiburan Thu, 26 Aug 2021

“Selepas Sekian Lama, Akhirnya Saya Terbuka Hati Untuk…” – Nabila Huda Pilih Yang Tak Klise

Pelakon dan pengacara Melodi, Nabila Huda mengakui dia kini memilih untuk membintangi drama rantaian yang mempunyai genre serta skrip bersesuaian. Bakal muncul dengan naskhah Terlerai Noktah, drama rantaian terbabit akan mula bersiaran jam 10 malam […]

Events Sun, 10 Nov 2019

Nah, Ini Perkara Menarik Tentang Lazada Supershow 11.11 Ahad Ini!

Jom hangatkan lagi Lazada Supershow 11.11 malam ini!

Trending Mon, 26 Feb 2018

TWEET BERBAUR LUCAH, ALAHAI WANITA SEKARANG!

Ada yang ‘sama naik’ dan ada juga yang mengecam perbuatan wanita itu. Apapun, admin harap awak sebagai seorang wanita, jaga adab dan maruah ya dik!

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

Norzizi Zulkifli Berjaya Bergelar Doktor Falsafah (PHD)

bukan mudah untuk beliau sampai ketahap ini. Beliau terpaksa bekerja di waktu siang dan menyiapkan tesisnya di waktu malam sehingga menjelang pagi.