Featured By: Halimey Zamal December 16, 2022 @ 12:08pm

Ustaz Wadi Anuar Kongsi Tip Berubah Jadi Baik

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar kekal istiqamah untuk berubah menjadi orang yang lebih baik.

Video yang dikongsikan oleh @thefastabiqulkhairat di laman TikTok memaparkan Ustaz Wadi memberitahu supaya menetapkan niat dengan sebetul-betulnya agar diberikan hidayah dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.

“Bila ada niat ada azam untuk berubah, ada azam nak cari kebenaran, ada azam nak mencari Allah, ada azam untuk menjadi yang terbaik, Hamba Allah yang terbaik Allah akan bimbing dia.

“Allah akan panggil dia. Allah akan buka laluan untuk dia dan akhirnya dia akan jumpa dengan kebenaran tersebut.”

Hasil tinjauan di ruangan komen, wargamaya memohon doa agar dipermudahkan segala urusan dalam menjadi hamba Allah yang taat akan perintah-Nya dan ada juga yang berkongsi tip untuk kekal istiqamah melakukan kebaikan.

“Doakan saya berubah jadi lebih baik.

“Saya bukan siapa-siapa cuma mencari saham akhirat, marilah kita berselawat.

“Semoga Allah berikan kekuatan untuk terus beristiqamah dalam memperbaiki kelemahan diri.” tulis warganet.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.1 juta tontonan dan lebih 236,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

WARIS DIFITNAH HINA MUZIK UNDERGROUND

Peminat muzik underground melabel Waris sebagai seorang yang lupa diri

Featured Thu, 5 Jan 2023

Mamat Got No Chill Dedah Pernah Kerja Bundle Sebelum Terkenal!

Umum mengetahui, pempengaruh Mamat Got No Chill atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat sering memuat naik video menarik sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian menerusi podcast 3 Tambah 1 yang dikendalikan […]

Featured Wed, 29 Jan 2020

Bagaikan mayat hidup, mangsa koronavirus di kuarantin dalam ‘keranda’

Tindakan demi keselamatan petugas paramedik dan orang awam!

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Featured Thu, 13 Jul 2023