Featured By: Aqilah Paharuzi April 4, 2023 @ 10:15pm

[VIDEO] Berbuka Puasa Bersama Keluarga, Netizen Bersyukur Keadaan Kamal Adli Semakin Baik

Insiden pelakon Kamal Adli diserang menggunakan cota besi di bahagian kepala oleh individu tidak dikenali merupakan pengalaman paling trauma buat pasangan pelakon, Kamal Adli dan isterinya, Uqasha Senrose.

Kejadian yang berlaku pada 12 Mac lalu di sebuah expo di Singapura itu menjadi pengajaran mendalam buat Kamal dan Uqasha untuk lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Menerusi sebuah video dimuat naik oleh sepupu Uqasha, iaitu Aprena Manrose, mereka sekeluarga dilihat sedang berbuka puasa bersama-sama dengan ahli keluarga lain termasuklah, Oktovia dan Nelydia Senrose.

Dalam video berkenaan, keadaan Kamal dilihat semakin sihat dan sembuh seperti sedia kala.

Video tersebut disunting dan dimuat naik dalam akaun TikTok turut meraih perhatian ramai yang meluahkan rasa syukur atas kesembuhan Kamal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur selepas melihat Kamal yang kembali ceria dan tampak sangat sihat.

Memetik laporan Media Hiburan, Nelydia memaklumkan keadaan Kamal semakin pulih dan Uqasha juga telah memulakan pekerjaannya namun akan sentiasa ditemani.

“Alhamdulillah. Uqasha dan Kamal dalam keadaan yang okay dan bertambah baik. Cuma masih dalam trauma dan saya rasa mereka pun masih takut kerana perkara itu juga masih baharu.

“Uqasha pun sudah kembali bekerja, dan dia sering ditemani. Kamal turut berjaga-jaga sebab kes masih lagi dalam siasatan, kita tak tahu apa motif individu yang menyerang Kamal jadi dia tidak berani bebas keluar,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Berlubang Kepala Diserang Individu Tak Dikenali, Uqasha Senrose Dedah Kejadian Sebenar – “Dia Pukul Berkali-Kali…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Takutnya Peminat Psiko Macam Ni!”- Kes Serang Kamal Adli, Netizen Dedah Bukti Peminat Obses… Anggap Uqasha Kekasih Hati

ARTIKEL BERKAITAN: Hakim Tak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Nov 2023

Tampil Anggun Bertudung Labuh, Nadia Brian Syukur Terima Komen Positif Peminat – “Saya Memang Ke Arah Itu”

Pelakon Nadia Brian bersyukur dan terkejut apabila menerima banyak komen positif dalam kalangan netizen yang memuji penampilannya bertudung labuh. Menurut Nadia atau nama penuhnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32,  walaupun dia belum mengambil keputusan untuk […]

Featured Fri, 11 May 2018

Wahai Para Ibu, Jangan Pernah Rasa Bersalah Lakukan 6 Perkara Ini

Mungkin anda rasa bersalah melakukan 5 perkara ini kepada anak ada.

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

“Terima Kasih Pada Peminat “- Followers Alif Satar Cecah 2 Juta!

Tahniah sekali lagi Alif Satar, Tak sabar nak Alif dan Sherry dalam AJL33 nanti!

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Hiburan Thu, 14 Mar 2024