Featured By: Salma Syahbuddin May 12, 2022 @ 5:36pm

[VIDEO] Cubaan Terjun Dari Tingkat 5, Bomba Ambil Masa 30 Minit Pujuk Gadis Alami Kemurungan

Pengawal keselamatan dan pasukan bomba mengambil masa 30 minit dalam usaha menyelamatkan seorang gadis yang dipercayai bertindak terjun dari tingkat lada di tingkat lima sebuah pusat beli belah yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan mengenai cubaan bunuh diri tersebut.

Tambahnya lagi, setibanya di lokasi kejadian mereka melihat gadis yang berusia 19 tahun itu berada di tingkat lima bangunan berkenaan dan cuba untuk terjun.

“Anggota kita bersama pengawal keselamatan berjaya menyelamatkannya selepas memujuk dalam tempoh 30 minit.

“Mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, hasil siasatan mendapati gadis tersebut banyak mendiamkan diri dan tidak mahu makan. Malah, mendakwa dia juga mendengar bisikan suara yang menyuruhnya ke bangunan pasar raya berkenaan.

“Penyelia memaklumkan mangsa sedang menerima rawatan kemurungan,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 30 saat memaparkan remaja yang berpakaian lengkap itu seolah-olah mahu terjun dari hujung tingkat lima pusat beli berkenaan.

@kosmoonline Masalah kesihatan dan kemurungan dipercayai punca seorang remaja perempuan cuba terjun dari tingkat lima sebuah pusat beli belah di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor #shahalam40000 #cubaanbunuhdiri #remajaperempuan #trendingnewsmalaysia #beritatiktok ♬ bunyi asal – Kosmo!

 

 

 

Sumber/ kredit foto: Harian Metro, Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Uk’s & Slam Bergabung! Bakal Gegarkan Stadium Malawati Februari Depan

Wah terbaiklah UK’SLAM bergabung atas satu pentas

Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Mahu Lebih ‘Confident’ & Jaga Penampilan Diri, Zoey Rahman Mengaku ‘Buat Muka’ – “Orang Tak Suka Abaikan Saja”

Saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu – Zoey Rahman

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Nora Danish Nak Anak Lagi?

Sama-samalah kita doakan semoga impian Nora menjadi kenyataan

Featured Wed, 17 Nov 2021

Bina Semula Simpanan, Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun?

Ramai Bumiputera yang terkesan ketika PKP dilaksanakan

#tilljannah Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Majlis Sambut Menantu, Reen Rahim Geram Dengan Muka ‘Serius’ Adik Ipar – “Dia Ingat Dia Nak Pergi Perang Ke…”

Pelakon Reen Rahim telah menghadiri kenduri sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Reen atau nama sebenarnya […]

Hiburan Tue, 26 Nov 2019