Featured By: Aqilah Paharuzi July 8, 2022 @ 4:55pm

[VIDEO] “Hati Tak Tenteram” – YouTuber ‘Tarik Tudung’ Akui Insaf & Terkesan.. Terima Ugutan Untuk Dicederakan

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai seorang YouTuber baharu yang memuat naik konten menarik tudung wanita.

Dek kerana itu, ramai yang menganggap aksi tersebut mencalarkan maruah wanita serta mengherdik individu berkenaan mempersendakan agama Islam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Sengaja Nak ‘Menilai’ Apa Netizen Akan Kecam..” – YouTuber Akui Buat Konten Tarik Tudung Untuk Kajian Sosial

Susulan itu, YouTuber dikenali sebagai Nick telahpun direman dan menerima hukuman ketika ditahab polis pada 7:30 malam Isnin lalu.

Nick atau nama sebenar Fakhrul Rushdan Roslan, 24, mengakui kejadian tersebut memberi kesan mendalam kepada dirinya.

“Ini dugaan daripada Allah, saya kena hadap. Saya kena bertanggungjawab dengan apa saya buat,” katanya.

Mengulas lanjut, Nick berkata sepanjang berada di lokap dia berada tidak tenang dan bersimpati kepada keluarganya yang turut menerima tempias akibat tindakannya itu.

“Bila di lokap (Balai Polis Wangsa Maju), saya memang tidak boleh tidur. Hati tak tenteram kerana fikirkan keluarga. Sedih dan tak boleh terima apa diri saya buat.

“Saya faham perkara itu berkait dengan soal agama tetapi ketika saya buat (video) itu, saya tak berfikir panjang. Apabila jadi begini barulah saya terfikir kesannya.

“Sikap saya sebab tak buat penjelasan awal, tang ia adalah eksperiman sosial,” katanya.

Tambah Nick lagi, dia terpaksa membuat laporan polis bagi melindungi dirinya kerana menerima ugutan untuk mencederakannya semenjak tular video tersebut.

“Nak cakap sedia (untuk keluar dan menghadap masyarakat) masih 50-50 lagi, sebab ramai tak boleh terima apa saya buat.

“Buat masa ni, saya selesa duduk rumah dahulu sehingga kes selesai,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Program TV Sat, 18 Apr 2020

“Biar Tahu, Jangan Keliru” Merungkai Persoalan Berkaitan Agama Hanya Dalam Tanyalah Ustaz

InshaaAllah, segala persoalan berkaitan agama akan terjawab dalam Tanyalah Ustaz

Trending Mon, 16 Aug 2021

Sokong Jenama Lokal, Yuna Bantu Usahawan Tempatan

Penyanyi Malaysia yang menempa nama di persada antarabangsa, Yuna dikenali sebagai penyokong tegar jenama tempatan. Biarpun membina kerjaya di luar negara, Yuna tidak lupa untuk memberikan sokongan kepada usahawan lokal. “Ramai yang tahu saya memang […]

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Thalia Mentor Bengang Facebook Kena Godam

Erk, siapa punya kerja pulak ni?

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Ibu Mertua Kritikal, Ifa Raziah Mohon Doa Terbaik

Semoga ibu mertua Ifa Raziah diberi kesembuhan segera… Insya Allah, sama-sama kita doakan!