[VIDEO] Imam Shah Tak Boleh Fokus Berlakon Sama Dengan Hannah Delisha – “Isteri Comel Sangat Sampai Nak Gigit”

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat mesra pasangan pelakon, Hannah Delisha dan suami tercintanya, Imam Shah di aplikasi TikTok.

Menerusi video belakang tabir tersebut, pasangan sejoli ini sedang melakukan proses penggambaran bersama produk terkenal kegemaran ramai, Pak Mat Western.

Video berdurasi 23 saat itu mengisahkan Hannah yang sedang merajuk dan dipujuk oleh suaminya itu.

Apa yang menarik perhatian adalah, penggambaran mereka ‘tergantung’ kerana Imam tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya apabila berlakon bersama isteri tersayang.

Imam yang sedang mencuba untuk memujuk isteri kesayangannya itu tidak dapat meneruskan lakonannya, malah seakan mahu mengigit jari Hannah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa teruja melihat gelagat comel pasangan ini.

Lebih-lebih lagi apabila melihat reaksi Imam yang seakan geram dengan isterinya itu.

“Terus hilang fokus,: tulis netizen.

“Nak fokus macam mana, wife tu comel sangat,” kata netizen lain.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 145,000 tontonan, 6,000 tanda suka dan 21 komen.

Aqilah Paharuzi