#tilljannah By: Dharnieya Nur Amelsa January 25, 2023 @ 9:57pm

[VIDEO] Isteri Fizo Omar Mengidam ‘Ride’ Motosikal, Netizen Komen “Baby Boy Gayanya”

Perkongsian terbaru pelakon, Fizo Omar mencuri perhatian ramai apabila dia dan isteri, Fazeera Nazri menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Berdasarkan hantaran tersebut, Fizo dan isteri menunggang motosikal besar berwarna kuning bertolak ke Genting Highland untuk bersarapan pagi di Restoran Ratha Raub Kari Kepala Ikan.

Menurut Fizo, dia membawa isterinya ke sana memandangkan dia mengidam untuk makan kari kepala ikan serta ingin menunggang motosikal.

“Morning ride. Nak bawa orang craving kari kepala ikan. Jom kita bawa dia naik Genting!” tulisnya di dalam video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

“Genting Breakfast ride. Tetiba mengidam naik moto, apekah itu?” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bertanya mengenai jenis motosikal yang ditunggang olehnya dan isteri itu.

“Macam best je moto ini.

“Moto apa ni?

“Motor spider kan ni?” komen netizen.

Malah, ada juga segelintir yang menyoal kapsyen yang ditulis olehnya dan turut mengatakan bahawa mereka nampak ‘baby bump’.

“Nampak baby bump lah.

“Apakah itu boy?

“Baby boy gayanya.

“Hehehe. Dapat adik lagi, Alhamdulillah.

“Aku rasa baby boy ni sebab main moto hahaha rasalah,” komen netizen.

Sebelum ini, isteri Fizo pernah meraih tumpuan apabila videonya sedang menjalani penggambaran di studio bersama bayi mereka, Wan Khaleeda tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warganet Komen Nampak Baby Bump, Dakwa Isteri Fizo Omar Hamil Lagi? Ini Respons Tuan Badan…

Sekadar info, Fizo Omar dan Fazeera Nazri mendirikan rumah tangga pada bulan Oktober 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda pada Jun 2022.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 10 Jun 2021

Lepasan SPM 2020 Diminta Kemas Kini UPUOnline Bermula 15 Jun Ini

Calon SPM2020 jangan ketinggalan untuk update UPUonline okay!

Konsert Mon, 9 Oct 2023
Featured Tue, 26 Apr 2022

Iman Troye Dedah Teman Lelaki? Peminat Lelaki Patah Hati

Peminat lelaki patah hati dapat tahu Iman Troye sudah berpunya.

Featured Thu, 19 Jan 2023
Trending Mon, 30 Mar 2020
Events Sun, 1 Jul 2018

Tolong Hentikan Perkahwinan Bawah Umur, Tiada Tempat Di Sini!

Selaras dengan manifesto kerajaan, beliau berkata, Pakatan Harapan akan menggubal undang-undang untuk menetapkan umur 18 tahun sebagai had umur minimum perkahwinan.

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Here’s Pretty Much Every Scandal the BIG BANG Members Have Gotten Into

BIG BANG is probably the most problematic boy band.

Hiburan Sun, 18 Aug 2019

杨丞琳《青春住了谁》世巡吉隆坡站票房走势凌厉!2价位门票已售罄

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回吉隆坡站票房走势凌厉,288令吉和168令吉门票价位已售罄!

Trending Fri, 16 Jul 2021

Mohon Bantuan Perlindungan Buat Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sekarang!

Wah, bantuan buat orang bekerja sendiri pun ada gaisss!