Featured By: Aqilah Paharuzi August 17, 2022 @ 4:09pm

[VIDEO] Penuntut Trauma Dedah Pensyarah Ajak Onani… Rupa-Rupanya Guna Modus Operandi Sama Sejak 2011!

Heboh di media sosial mengenai seorang penuntut universiti awam tampil berani mendedahkan peristiwa hitam yang dilaluinya setahun lalu apabila menerima gangguan seksual daripada salah seorang pensyarah.

Mangsa dikenali sebagai Farah memuat naik perkongsian duka tersebut menerusi ciapan panjang yang telah meraih perhatian orang ramai di Twitter miliknya semalam dan turut melampirkan laporan polis serta bukti-bukti perbualan mereka di aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, insiden itu bermula ketika pensyarah subjek perniagaan itu menghubungi mangsa untuk meminta jawab soalan kajian selidik pada 31 Mac 2021.

Perkara yang mencurigakan adalah intipati kajian selidik tersebut berunsurkan eleman lucah dan melibatkan seks, namun mangsa pada awalnya masih berfikiran positif kerana menganggap pensyarah itu adalah seorang yang alim dan sangat baik.

 

Menerusi laporan polis berkenaan, mangsa berumur 23 tahun itu turut mendedahkan pensyarah itu kemudian menghubunginya semula pada 2 Jun 2021, jam 12.30 tengah malam.

Semasa perbualan berlangsung, pensyarah itu dikatakan sering bertanya soalan mengenai seks, mengeluarkan perkataan lucah serta sedang melakukan onani.

“Dia meminta agar saya sama-sama melakukan perbuatan tersebut, akan tetapi saya tidak mengikut arahannya,” katanya dalam laporan berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ternyata ramai dalam kalangan penuntut pensyarah tersebut tampil mendedahkan mereka pernah menjadi mangsa gangguan seksualnya.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih parah adalah pensyarah tersebut telah melakukan kerja terkutuk ini menggunakan modus operandi yang sama semenjak tahun 2011.

Menerusi ciapan lain, pensyarah berkenaan turut merayu-rayu kepada mangsa menarik semula laporan polis yang telah dibuat namun mangsa tidak mengendahkannya.

Pensyarah terbabit bertindak menggunakan orang tengah untuk menawarkan wang sebanyak RM20,000 sebagai duit pampasan untuk menarik semula laporan polis yang telah dibuat.

Rata-rata netizen memberikan respons terhadap ciapan tersebut dengan menyuntik kata-kata semangat kepada mangsa untuk terus tabah dan tidak menarik semula laporan polis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Jul 2020
Luar Negara Mon, 30 May 2022

Schumacher Terbabit Kemalangan Ngeri Di Litar Monaco

Mick Schumacher alami kemalangan kedua di litar Monaco selepas kemalangan di Arab Saudi.

Trending Tue, 16 Jul 2019

Tidak tenteram, pembeli rumah The Conjuring alami kejadian dalam filem!

Dalam filem pun dah nampak seram, kenapa beli?

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

PANAS! Sheeda Gelar Ifa Raziah Wanita Plastik Dan Penipu

Semua orang ko canang cerita memburuk-burukkan aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya. Wah, marah betul tu nampaknya… Sabar ya Kak Sheeda.

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

MALUKAN MALAYSIA, ALIFF SYUKRI DIMINTA JANGAN JADI BODOH!

Aksi itu seterusnya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak yang menganggap Dato Aliff Syukri hanya memperbodohkan diri beliau tiap kali berada di luar negara

Trending Wed, 7 Aug 2019
Trending Sat, 13 Mar 2021

Sempena Birthday, Aeril Zafrel Hadiahkan Wawa Zainal Mercedes-Benz Bernilai RM300,000

Bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, pelakon Wawa Zainal yang ke-29, aktor dan usahawan Aeril Zafrel menghadiahkan sebuah kereta mewah. Kenderaan jenis Mercedes-Benz GLC 300 itu dianggarkan bernilai RM300,000. “Saya menghadiahkan kereta ini kepada isteri kerana […]

error: Content is protected !!