Featured By: Arfah December 20, 2021 @ 2:25pm

“Wedding Of The Year” – Batal Majlis Resepsi Kahwin, Pengantin Beri Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

Majlis resepsi perkahwinan Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, sepatutnya berlangsung pada 19 Disember terpaksa dibatalkan kerana bencana banjir.

Namun, pasangan ini menukarkan kejadian buruk itu kepada sebuah memori yang diberkati.

Mereka dan pihak katering yang ditempah membuat keputusan untuk memberi lauk dan makanan kenduri mereka kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang.

Perkara ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pengguna @erinerene yang turut tular di laman sosial seperti Twitter dan Facebook.

Video itu menunjukkan pasangan pengantin berpakaian biasa sedang mengagihkan makanan kepada mangsa banjir.

Kapsyen di dalam video tersebut juga menjelaskan pihak katering yang memasak turut turun padang memberikan makanan.

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut memberikan jolokam perkahwinan mereka sebagai ‘Wedding of The Year’ kerana memulakan sebuah perkahwinan dengan kebaikan.

“Pasangan ini memulakan sesuatu yang membuka jalan keberkatan besar buat rumah tangga mereka kelak. Takbir!,” komen @umibulatnogarang.

“Alhamdulillah, permulaan alam perkahwinan didoakan oleh orang ramai yang dibantu. Bertuah,” komen @razzifsidek.

Pasangan ini turut mendapat doa dari warganet atas kebaikan yang dikongsi bersama orang yang berhadapan dengan kesukaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Aug 2020
Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Sat, 23 Nov 2019

Alhamdulillah…Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah 28 November Ini

Alhamdulillah… Semoga semua urusan dipermudahkan buat Haqiem & keluarga.

Trending Wed, 6 Dec 2017

Kalah Dalam Perlawanan, Anjing Dihempas Tuannya Sampai Mati

Hanya kerana meletakan pertaruhan besar ke atas anjing tersebut dan ia kalah dibunuh dan dihempas hingga mati

Hiburan Thu, 8 Nov 2018

Rindu Nak Berlakon Karya Bermutu, Akhirnya Rahim Jailani…

Rahim berpendapat skrip dan jalan cerita Pokok hebat dan mesej yang ingin disampaikan juga jelas berguna kepada masyarakat.

familuv Wed, 10 Aug 2022

“Nak Anak Angkat Tak?” – Bercuti Di Negara Sejuk, Netizen Tawar Diri Untuk Jadi Anak Hairul Azreen

Hairul Azreen dan keluarga bercuti di negara sejuk mendapat perhatian netizen.

error: Content is protected !!