Cahaya Mata By: Halimey Zamal December 7, 2022 @ 8:31pm

Ziarah Ayah Kepada Mangsa Dibaham Buaya, Ebit Lew Bergegas Dari Jakarta Ke Sabah

Pendakwah bebas Ebit Lew mengambil kesempatan untuk menziarahi bapa kepada mangsa yang meninggal dunia akibat dibaham buaya di Lahad Datu, Sabah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ebit di laman Instagram, si ayah masih sebak atas kehilangan anaknya yang masih belum ditemui lagi.

“Ziarah abang yang anaknya dibaham buaya, dari Jakarta terus ke Sabah. Menangis saya melihat kejadian itu, anaknya umur 2 tahun.

“Berulang abang tu cakap, anak saya belum jumpa, anak saya belum balik. Anak itu penemannya ke mana-mana, sangat rapat dengannya. Termenung jauh, bayangkan depan mata dan berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti.

“Begitulah sifat ayah, sanggup beri nyawa demi anaknya. Berat ujian abang ini, Insya-Allah jumpa di sana nanti. Kami hadiahkan bot dan enjin untuknya, beri sedikit kata semangat dan doa.

“Disaat kita rasa ujian kita berat ada orang jauh lebih berat ujiannya. Bersyukurlah dalam hidup ini dan hargai apa yang dimiliki,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar bapa itu diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

“Semoga pak cik diberikan kekuatan untuk menjalani takdir kehidupan yang akan datang,” tulis warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 8 Aug 2019

Parut Makin Hilang, Ini Perkembangan Terbaru Adik Ainul Mardhiah !

Semoga terus sihat ye adik Ainul Mardhiah sayang!

Featured Mon, 6 Apr 2020

Perokok dijangkiti COVID-19 lebih berisiko meninggal dunia

PKP masa sesuai untuk berhenti merokok

Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Selebriti Thu, 24 Aug 2023

Mangsa Kes R*gol Pendakwah Buka Mulut, Dakwa Kehilangan Anak Sebagai Kifarah? – “Sudah Di Syurga Anakmu Wahai Si Pelaku?”

Doaku tidak akan pernah putus setiap sepertiga malam agar kau sentiasa dalam kecelakaan sehingga kata maaf dari mulutmu terucap – Individu wanita yang dipercayai mangsa r*gol pendakwah bebas.

Events Wed, 24 Aug 2022
Featured Wed, 27 Oct 2021

Gara-Gara Enggan Pakai ‘Mask’, Wanita Warga Asing Tak Dibenarkan Masuk Butik Mewah.. Netizen Pun Turut Naik Hantu!

Gara-gara tidak memakai pelitup muka, seorang wanita warga asing mengamuk di sebuah butik jenama mewah selepas dilarang memasuki premis itu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Malah, beberapa petugas butik itu juga dilihat bertengkar […]