Trending By: Padin May 29, 2021 @ 10:51am

“Kita Takkan Pernah Mati Dengan Cacian….” – Warganet Dakwa Lakonan Kayu, Ini Respons Sharifah Rose

Pendatang baru, Sharifah Rose, 23, terus optimis biarpun dihujani kritikan yang mendakwa lakonannya ‘kayu’ dalam drama bersiri Kekasih Hati Mr Bodyguard.

Mula dikenali sebagai ‘instafamous’ sebelum berjinak dengan dunia lakonan, Rose bersikap terbuka dan menerima segala teguran untuk menjadikan dirinya lebih baik.

“Saya selalu menganmbil setiap kritikan sebagai saranan. Saya pandang ia secara positif dan mahu memperbaiki diri saya agar menjadi lebih baik di masa akan datang.

“Sejujurnya, saya percaya setiap manusia ada persepsi tersendiri serta mempunyai pandangan yang berbeza. Kita tidak akan pernah mati dengan cacian orang dan tak hidup dengan pujian,” katanya.

Rose ditemubual pihak media selepas sesi virtual Sembang Bersama Disney+ Hotstar baru-baru ini.

Nama gadis itu menjadi tular di laman sosial selepas aksinya dalam drama bersiri terbabit dipertikaikan ramai dan dianggap ‘kayu’.

Selain itu, ada juga pihak yang mendakwa pemilihan Rose sebagai heroin dalam naskhah terbabit bersandarkan popularitinya sebagai personaliti media sosial.

Tambah Rose, dia banyak belajar di set penggambaran dan kini lebih selesa dengan kerjaya barunya sebagai seorang pelakon.

“Lepas tengok lakonan saya yang disiarkan di TV, saya nampak kesalahan kecil yang saya lakukan. Sejujurnya, saya banyak sangat belajar mengenai dunia lakonan di lokasi penggambaran. Saya belajar dengan pengarah dan pelakon yang membintangi karya itu.

“Saya banyak timba ilmu dan mereka juga tak lokek untuk membantu saya serta memberikan sokongan untuk saya menjadi lebih baik,” katanya lagi.

Kekasih Hati Mr Bodyguard yang menggandingkan Rose bersama Redza Rosli kini sedang bersiaran di slot Lestary setiap Rabu sehingga Sabtu, jam 9 malam di TV3.

Naskhah ini juga boleh distrim 15 jam lebih awal di Disney+ Hotstar sebelum tayangannya di televisyen bermula 1 Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Jun 2021

“Hospital Kekurangan Katil, Pesakit Covid-19 Terpaksa Duduk Di Lantai” – Sumbang RM90,000 Beli Katil Elektronik, Netizen Puji Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mendapat pujian netizen kerana budi baiknya menyumbangkan sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19. Perkara terbabit didedahkan menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pegawai perubatan […]

Trending Thu, 19 Dec 2019

Comelnya gaun Katy Perry ni, jangan tak tahu ia jenama pereka tempatan!

Khoon Hooi terkenal dengan rekaan praktikal, moden dan sofistikated!

Trending Thu, 25 Jan 2018

110公斤胖美人渡边直美「女孩都有值得欣赏的美」

有一种自信,叫渡边直美!这位来自日本最红的女谐星,从不会受到自己的体重和外形而感到自卑,因为她知道“自信就是美丽!”

Trending Mon, 12 Jul 2021
Trending Tue, 29 Jan 2019

麦当劳邀你加入义工行列!到全马超过15间安老院庆新年

麦当劳诚邀你一同加入义工行列!到全马超过15间安老院,与长辈们一同共庆农历新年。

Trending Wed, 30 Oct 2019

Lagi wanita persis ‘Barbie’ ditemui, kali ini mek Kelate!

Penampilan Shafieka tarik perhatian warganet

Trending Tue, 15 Jan 2019
Trending Tue, 16 Oct 2018

| Live TV