Trending By: Salma Syahbuddin May 27, 2021 @ 1:59pm

KKM Mohon Lebih Ramai Individu Jadi Sukarelawan Bantu Sumbang Tenaga Tangani Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta lebih ramai individu tampil menjadi sukarelawan kesihatan bagi menyumbang kepakaran dan tenaga membantu usaha menangani penularan wabak Covid-19.

Ini kerana, tenaga sukarelawan terbabit sangat diperlukan ketika ini untuk meringankan beban petugas kesihatan KKM akibat peningkatan kes setiap hari.

Perkara ini juga turut dimuat naik oleh pihak KKM menerusi hantaran di laman Facebook mereka.

“KKM menyeru pembabitan sukarelawan kesihatan untuk membantu usaha menangani wabak Covid-19”

Terdapat tujuh jawatan yang ditawarkan oleh pihak KKM termasuklah, pegawai perubatan, pegawai pergigian, penolong pegawai perubatan, jururawat, pegawai kesihatan persekitaran, penolong pegawai kesihatan persekitaran dan juruteknologi makmal perubatan.

Dan beberapa syarat telah digariskan  untuk menjadi sukarelawan kesihatan KKM, antaranya ialah ;

  1. Berusia antara 18 hingga 60 tahun,
  2. Sihat dan cergas fizikal serta mental, dan
  3. Tidak mengandung
  4. Perlu mendapat kebenaran majikan bagi mereka yang bekerja
  5. Bukan anggota KKM
  6. tiada sejarah kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dalam tempoh 14 hari

Namun begitu, KKM  TIDAK menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan atau elaun dan gaji, sebaliknya segala kos ditanggung sendiri.

Dan, bagi individu yang berminat untuk berbakti sebagai sukarelawan perlu lah melengkapkan borang berikut https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Jan 2022

“Bila Tak Ambil, Orang Kata Antivaksin, Tapi Bila Dah Ambil…” – Isu Tipu Vaksin, Ini Respons Ellie Suriaty

Dikenali sebagai seorang individu yang aktif berbicara mengenai vaksin, akhirnya pelakon dan pengarah Ellie Suriaty telah lengkap dua dos vaksinasi pada Oktober dan November tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ambil Sebab Suami” – Mengaku Sudah […]

Trending Wed, 6 Jul 2022

Mira Filzah Sedih Berjauhan Dengan Anak, Bakal Bekerjasama Dengan Neelofa

Mira Filzah sukar berjauhan dengan anak, kongsi bakal bekerjasama dengan Neelofa.

Trending Wed, 27 Feb 2019

Lelaki ini kongsi teknik edit gambar untuk pasangan keluar dating tanpa “third-wheeler”

Perkongsian ini telah mendapat likes sebanyak 7.3k di laman  Twitter. Menurut lelaki ini dia menggunakan aplikasi photoshop untuk mengedit bersama teman wanitanya  Ambil gambar asing-asing tetapi boleh edit nampak macam gambar dating berdua. Fuyooo.

Kisah Viral Mon, 7 Nov 2022