Featured By: Fadzlena Jafar April 21, 2020 @ 8:31pm

KKM sasar kurang daripada 10 kes jangkitan harian COVID-19

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan kes jangkitan harian kurang daripada 10 kes jika Malaysia ingin keluar daripada kemelut wabak COVID-19.

Hari ini, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan kes jangkitan harian meningkat kepada 57 kes berbanding semalam yang hanya mencatat 36 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sasaran berkenaan hanya boleh dicapai sekiranya rakyat Malaysia memberikan kerjasama sepenuhnya khususnya dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dengan pelaksanaan PKP fasa satu, dua dan tiga, kita berjaya menurunkan penularan setempat dan sekarang hasilnya kurang daripada 100 kes. Jika kita lihat hari ini daripada 57 kes baharu positif COVID-19, 18 kes adalah kes import, justeru kes sebenar jangkitan dalam komuniti ialah 39 kes.

“Oleh itu, jika kita boleh mengekalkan momentum ini iaitu dengan kerjasama semua pihak, kita akan dapat mengurangkan lagi kes dan mungkin dalam seminggu sasaran KKM untuk melihat kes jangkitan bahartu COVID-19 kurang daripada 10 kes dapat dicapai,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Penurunan kes jangkitan baharu COVID-19 kebelakangan ini membuktikan keberkesanan PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, malah jangkaan penambahan kes mendadak pada 14 April meleset apabila jumlah kumulatif kes positif COVID-19 yang dicatat pada tarikh berkenaan kurang daripada 5,000 kes.

Sehingga kini, kes harian paling tinggi yang dicatat adalah pada 3 April 2020, iaitu sebanyak 217 kes.

Sementara itu, Malaysia mencatat jumlah kumulatif kes jangkitan baharu COVID-19 sebanyak 5,482 kes setakat tengah hari tadi, dan daripada jumlah itu, 54 kes dilaporkan sembuh serta dibenarkan keluar hospital menjadikan kes sembuh sebanyak 3,349 kes.

Jumlah kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini sebanyak 43 kes dengan 27 kes memerlukan bantuan alat pernafasan, namun hari ini terdapat tiga lagi kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 92 kes.

Dr Noor Hisham berkata, KKM mengenal pasti dua tindakan yang dilaksanakan berjaya membantu menurunkan kes jangkitan baharu di negara ini iaitu kawalan sempadan dan kawalan pergerakan.

Pihak berkuasa menutup kawasan yang dikesan berisiko meningkatkan penularan COVID-19 dengan pagar dawai berduri untuk mengelakkan orang ramai daripada keluar masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Dieprketatkan (PKPD). (Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN)

“Penurunan ini adalah hasil daripada perancangan dan tindakan Kerajaan selama empat empat minggu lalu dan sekarang kita sudah mendapat hasilnya. Pertama, kawalan  sempadan iaitu mengekang kes import dengan menutup pintu kepada pelancong luar negara.

“Tetapi bagi warganegara kita terpaksa menerima mereka dan tindakan dilakukan dengan mengkuarantin mereka di pusat kuarantin. Dari situ kita berjaya mengesan 95 kes positif COVID-19. Bayangkan jika kita biarkan, mungkin 95 pesakit ini akan menjangkiti orang lain, contohnya seorang sahaja menjangkiti lebih kurang 120 orang, bayangkan kalau 95 orang.

“Tindakan kedua ialah kawalan pergerakan atau PKP yang berjaya  mengurangkan jangkitan dalam komuniti kerana apabila rakyat duduk  di rumah, kebarangkalian untuk penularan akan berkurangan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jun 2018

Malaysian Ringgit Might Be Getting a New Look

But don’t worry, the value won’t drop.

Featured Thu, 6 Oct 2022
Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

[VIDEO] Comelnya Anak Eyra Hazali Merajuk Nak Makan – “Siapa Ajar Macam Itu…”

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat dan telatah comel yang membuatkan ramai geram. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @dhaniahsahrom […]

Featured Wed, 14 Dec 2022

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali. @bernamatvofficial Hannah Yeoh Dipuji Kerana Peruntukan Dibuat Untuk Van Jenazah #bernamatv #beritaditiktok #malaysiatiktok […]

Hiburan Tue, 6 Feb 2024