Trending By: Salma Syahbuddin August 21, 2020 @ 11:15am

Kluster Baharu Di Sarawak, 4 Positif Covid-19

Empat lagi kes positif Covid-19 dilaporkan di Sarawak dengan kesemuanya adalah kes import membabitkan kru sebuah kapal tangki yang berlabuh di negeri tersebut.

Kru alami tanda awal Covid-19

Menurut, Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kapal berkenaan yang dalam pelayaran dari Pelabuhan Toyama Shinko, Jepun dibenarkan signed off selepas beberapa kru mengalami tanda dan gejala awal Covid-19 dan seramai lima kru dibawa turun dari kapal dan dimasukkan ke wad isolasi, Hospital Bintulu untuk rawatan.

” Hasil saringan Covid-19 yang dilakukan pada 18 Ogos 2020 mendapati empat daripada mereka adalah positif ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rt-PCR).

” Daripada empat kes positif itu, dua adalah rakyat Malaysia manakala dua lagi adalah warga Filipina dan India,” Katanya.

Dengan empat kes yang direkodkan, Sarawak kini merekodkan jumlah kesuluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 686 kes.

Saringan terhadap 22 orang kru dijalankan dalam masa terdekat

Bagimanapun, hasil pemeriksaan lanjut oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu pada 18 Ogos 2020 mendapati lima orang mengalami tanda dan gejala awal jangkitan dan saringan terhadap 22 orang kru kapal akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ini termasuklah saringan terhadap semua kontak yang berisiko dijangkiti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2024

Individu Dakwa #GengSubuhMacamJumaat Dapat Sambutan Hangat Hanya Untuk Berjumpa Artis? Ini Respons Alif Satar

Kenapa perlu dengki? Jangan kecam-kecam lagi…meh join #GengSubuhMacamJumaat

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Trending Fri, 30 Mar 2018

Idayu Megastar Tiru Suara Artis Popular Termasuk Mendiang Michael Jackson. Memang Sebijik!

Idayu mempunyai bakat meniru suara penyanyi popular seperti Allahyarham Sudirman, mendiang Michael Jackson, Mariah Carey, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Shakira, Amy Winehouse dan ramai lagi. 

Hiburan Sat, 29 Jul 2023
Trending Mon, 5 Feb 2018

失火之后全家微笑合影:人都在,家就在

中国网友间最近流传一张充满「正能量」的照片,拍摄者姜托托声称,照片中一家三口站在废墟里开心比YA,他们其实是自己的亲戚,虽然住家毁了,宠物狗也命丧火窟,但他们还是打起精神、露出微笑,积极面对这场悲剧“毕竟人在,家就在。”