Hari yang sedih bagi peminat sukan bola keranjang di Amerika Syarikat dan di serata dunia apabila lagenda NBA (National Basketball Association) dan bekas pemain Los Angeles Lakers, Kobe Bryant (41) dan anaknya Gianna, maut apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas pada Ahad (26 Januari).
Difahamkan ada 9 orang yang menaiki helikopter Sikorsky S-76 tersebut termasuklah Kobe dan Gianna atau nama penuhnya Gianna Maria Onore Bryant (13) ketika helikopter tersebut terhempas di kawasan berbukit di Calabasas, Los Angeles barat dan dipercayai tiada mangsa yang selamat.
Kobe dan Gianna atau Gigi dijadualkan tiba di Mamba Sports Academy di Thousand Oaks untuk satu perlawanan bola keranjang di mana Gianna akan bermain dan Kobe sebagai jurulatih.
Kobe Bryant menempah namanya dalam sukan bola keranjang apabila dia mula bermain secara professional selepas tamatnya sekolah tinggi dan menjadi pemain paling muda yang terpilih dalam NBA draft iaitu pada umur 18 tahun.
Amat setia dengan pasukan L.A Lakers, Kobe mengecapi kejayaan bersama apabila mereka menjadi juara NBA sebanyak 5 kali sepanjang dia bermain untuk kelab itu. Dia juga pernah menjadi juara All Stars sebanyak 17 kali dan mendapat anugerah MVP (Most Valuable Player) sebanyak 2 kali sewaktu kejuaraan NBA.
Bukan itu saja, Kobe juga pernah meraih dua pingat emas bagi Amerika Syarikat dalam sukan Olimpik. Kehilangannya merupakan satu kehilangan yang besar di dalam dunia sukan dan amat dirasai oleh bekas ahli pasukan LA Lakers seperti Shaq dan Dwayne Wade, malah bekas presiden, Barack Obama juga mengucapkan takziah kepada keluarga Kobe melalui laman sosial, Twitter.
There’s no words to express the pain Im going through with this tragedy of loosing my neice Gigi & my brother @kobebryant I love u and u will be missed. My condolences goes out to the Bryant family and the families of the other passengers on board. IM SICK RIGHT NOW pic.twitter.com/pigHywq3c1
— SHAQ (@SHAQ) January 26, 2020
Kobe was a legend on the court and just getting started in what would have been just as meaningful a second act. To lose Gianna is even more heartbreaking to us as parents. Michelle and I send love and prayers to Vanessa and the entire Bryant family on an unthinkable day.
— Barack Obama (@BarackObama) January 26, 2020
.@DwyaneWade reacts to the death of Kobe Bryant. pic.twitter.com/uP7geqohl0
— Bleacher Report (@BleacherReport) January 27, 2020
Terdahulu, pada tahun 2016, Kobe mengumumkan akan bersara dari bermain sukan bola keranjang secara professional pada usia 34 tahun kerana keadaan kesihatan yang tidak memberangsangkan.
Kobe meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu 41 tahun dan dia meninggalkan seorang balu, Vanessa dan tiga lagi anak perempuan mereka. Semoga keluarga Kobe tabah menghadapi dugaan ini…
Sumber: CNN. com
Kredit Foto: Instagram @kobebryant