Trending By: Aisyah Badrul March 16, 2020 @ 3:33pm

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia Ditangguhkan, Bimbang Penularan Wabak Covid-19

 

KONSERT sulung penyanyi Khai Bahar, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ditunda ekoran penularan wabak Covid-19.

Perkara itu disahkan Penerbit Eksekutif, Fauziah Ahmad Daud selepas mendapat nasihat daripada pihak Istana Budaya dan persetujuan bersama semua pihak terbabit.

“Semalam pihak IB pun sudah mengeluarkan notis berkenaan penangguhan konsert ini. Jadi, sebagai langkah keselamatan semua kita perlu akur.

“Apatah lagi, Perdana Menteri juga sudah mengumumkan berkenaan penangguhan semua acara membabitkan orang ramai sehingga April

Fauziah atau mesra digelar Ogy juga menjelaskan bahawa tarikh baru konsert akan dimaklumkan semula pada hari Isnin (hari ini) selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah Istana Budaya. 

“Insya-Allah, tarikh baru berkenaan konsert ini akan dimaklumkan pada Isnin ini selepas saya mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IB, Datuk Johari,” katanya kepada Harian Metro.

Ogy berkata, dia berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak panik dan gusar berkenaan penangguhan konsert itu.

“Konsert ini tidak dibatalkan. Ia akan diteruskan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Kita tunda pun disebabkan perkara yang berlaku di luar jangkaan kita.

“Saya berharap peminat yang sudah membeli tiket sabar dan tenang. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

“Perancangan Allah itu jauh lebih baik. Semoga apa yang dirancang ini akan terus berjalan lancar,” katanya.

Takpelah, sama-sama kita nantikan  tarikh terbaru yang bakal diumumkan kelak. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Jul 2018

Lelaki Nikah Kanak-Kanak 11 Tahun Didenda RM 1800

Peraih getah berusia 41 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Acara Tue, 13 Dec 2022

Semakin Sengit! 4 Pasangan Berentap Tawan Hati Sheila Rusly & Chef Adu Dalam Dapur Tempur Separuh Akhir

Siapakah yang bakal melangkah ke pusingan akhir? Jom tengok Dapur Tempur

Trending Tue, 16 Oct 2018

Harga Rokok Naik Hujung Bulan

Kali terakhir, syarikat pengeluar rokok menaikkan harga jualan runcit rokok pada November 2015.

Trending Fri, 1 May 2020

“Masjidil Haram & Masjid Nabawi Masih Ditutup” – Dr. Zulkifli

Terima kasih Datuk Dr. Zulkifli atas pengesahan tersebut.

Featured Thu, 13 Oct 2022

Anak Syurga Zarina Zainuddin Dicop Gila Di Wikipedia! Netizen Label Pelaku Busuk Hati & Minta Buat Laporan

Allahuakbar… kejamnya sampai macam tu sekali tulis 😥 Mana lah pergi letak akal tu!

error: Content is protected !!