Trending By: Afiq Kandi March 1, 2023 @ 1:18pm

Konsert Moments Of Kerispatih With Sammy Simorangkir Gamit Nostalgia

Kehadiran kugiran popular Indonesia Kerispatih bersama Sammy Simorangkir pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu seluruh peminat muzik mereka di Malaysia.

Dibawakan oleh tiga penganjur iaitu 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live, Konsert Moments Of Kerispatih With Sammy Simorangkir sangat istimewa kerana berjaya menyatukan Kerispatih dengan mantan vokalisnya, Sammy pada 24 Februari lalu.

Konsert yang berlangsung selama dua jam ini turut memuatkan sebanyak 20 buah lagu hits Kerispatih yang diambil dari album Kenyataan Perasaan (2007) sehinggalah Kerispatih And Friends (2010) iaitu Bila Rasamu Ini Rasaku, Tapi Bukan Aku, Mengenangmu, Demi Cinta dan banyak lagi.

Rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh kugiran popular Indonesia ini dengan alunan vokal Fandy dan Sammy, disamping menggamit nostalgia kenangan lalu.

Dalam pada itu, malam konsert tersebut bertambah meriah apabila hadirnya penyanyi lelaki popular Malaysia, Anuar Zain yang menjadi idola kepada Sammy sejak tahun 2007 lagi.

Sammy dan Fandy sempat menyanyikan lagu Lelaki Ini dalam gaya tersendiri dan Anuar memberikan standing ovation sebagai tanda terima kasih kepada kumpulan itu.

Mengakhiri acara dengan lagu Cinta Putih dan Sepanjang Usia, persembahan hebat Kerispatih dan Sammy menjadi hadiah manis untuk peminat yang hadir.

Kredit foto: Echolalia Pictures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Mar 2020
Featured Wed, 2 Feb 2022

Selamat Bernikah Kali Kedua, Azlee Khairi Anggap Diri ‘Bertuah’

Tak senua perkara boleh di share kat public okay!

Featured Thu, 8 Sep 2022
Trending Thu, 4 Jun 2020

Orang Melaka Dah Boleh Makan Di Restoran Mulai Esok

Apa-apa pun tetap perlu amalkan penjarakan sosial

Hiburan Sun, 4 Sep 2022
Featured Wed, 13 Oct 2021

Bas Elektrik Pertama di Sabah Akan Beroperasi Tidak Lama Lagi

Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan projek bas elektrik yang pertama akhir tahun ini di bandar Kota Kinabalu bagi menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry

Trending Sun, 11 Apr 2021

Tamat Zaman Anak Dara Pada Usia 48 Tahun Dengan Lelaki British, Haliza Misbun Dapat Hantaran Sebuah Rumah

Aktres popular 1990-an, Haliza Misbun, 48, selamat bergelar isteri kepada duda anak satu yang juga lelaki warga British, Matthew John Rodgers, 48, dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Ar Rahah, Kerinchi, Kuala

Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Trending Tue, 13 Jul 2021

| Live TV