Sejak 18 Mac lalu, pelbagai sektor ekonomi teruk terjejas akibat penularan wabak Covid-19 termasuklah IPT di negara ini.
Oleh itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji isu berkaitan yuran pengajian mahasiswa di IPT terutamnay bagi penuntut yang terkesan dengan keadaan semasa ini.
Akan ada berita gembira!

Walaupun Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kos pengajian penuntut IPT kini tidak tinggi kerana kebanyakan mereka belajar secara online dan tidak menggunakan asrama serta fasiliti seperti makmal dan bilik kuliah. Maka, kos yuran akan dikurangkan.
” Isu yuran sedang kami kaji, akan ada berita gembira. Kami juga faham mereka ada tanggungjawab lain dan keluarga mereka terjejas akibat COVID-19,” Katanya dalam satu program temubual hari ini.
Antara aspek yang diambil kira
Faktor yuran pengajian semester, kemudahan internet bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian serta kuota pelajar dibenarkan kembali ke IPT antara aspek yang akan diambil kira dalam merangka yuran pengajian tersebut.

Manakala, aspek yuran pengajian semester sedia ada juga masih dalam penelitian sama ada perlu dibawa ke hadapan, dikurangkan atau sebagainya.
Uitm pulang yuran pengajian
Memetik laporan Berita Harian sebelum ini, pihak UiTM akan memulangkan yuran kolej kediaman yang dikenakan terhadap pelajar sepanjang tempoh PKP bermula pada 18 Mac lalu.

Pemulangan yuran tersebut akan dilakukan menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.
Dan, menurut Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata, bagaimana pun yuran pelajaran tidak akan dipulangkan berikutan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih diteruskan secara dalam talian.