Trending By: Padin April 7, 2021 @ 1:51pm

Kulit Wajah Berjerawat & Bermasalah Pernah Jadi Penyebab Aina Abdul Hilang Keyakinan Diri

Kulit wajah yang bermasalah pernah menjadi penyebab penyanyi Aina Abdul hilang keyakinan diri.

Menurut pelantun lagu Sumpah itu, masalah muka berjerawat sudah dialaminya semenjak zaman persekolahan lagi.

“Semenjak berada di sekolah menengah, saya mengalami masalah jerawat. Saya akui, sedikit sebanyak ia menjadi penyebab saya kurang keyakinan diri.

“Saya faham, untuk mengatasinya bukan mudah dan ia mengambil masa yang lama. Jadi, saya hanya mengikut langkah demi langkah yang disarankan doktor.

“Kadang-kadang, saya rasa kasihan kepada jurusolek yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyolek muka saya kerana masalah kulit wajah yang saya hadapi,” kata Aina.

Namun begitu, gadis yang berasal dari Negeri Sembilan ini tidak menjadikan ia sebagai satu penghalang.

“Penampilan penting apabila terlibat dalam industri nyanyian. Masalah kulit muka saya tak jadikan halangan kerana saya berusaha untuk merawatnya.

“Saya merawatnya dengan menggunakan produk penjagaan kulit dan saya turut mendapatkan khidmat nasihat doktor. Alhamdulillah, kini saya melihat perubahan apabila menggunakan produk Truskin keluaran Trulooks.

“Malah, doktor juga okay saya menggunakan produk sekarang ini. Saya sangat bersyukur dan gembira dengan perubahan ini,” katanya lagi.

Aina ditemui ketika majlis pelancaran dirinya sebagai wajah kempen Truskin di Putrajaya baru-baru ini.

Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari ada sebab tersendiri untuk memilih Aina sebagai wajah kempen mereka.

“Nama Aina semakin mengharum dalam industri hiburan. Selain itu, Aina yang mempunyai sikap rendah diri menyambut baik pelawaan kami untuk berkolaborasi serta telah mencuba dan serasi dengan produk Truskin.

“Takkan kami nak ambil mereka yang mempunyai wajah flawless, nanti perubahannya tidak nampak pula. Jadi, untuk menonjolkan keberkesanan produk kami, Aina adalah individu yang paling sesuai,” kata Adibah.

Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Suhaila Lah pula percaya dengan pemilihan rangkaian penjagaan kulit yang tepat dapat membantu seseorang untuk tampil lebih yakin.

“Bersesuaian dengan tagline ‘your luxurios skin secrets’, kecantikkan paras rupa memang tak dapat kita ubah tetapi tahap kesihatan kulit boleh diperbaiki dengan pilihan produk daripada rangkaian penjagaan kulit yang tepat,” kata Julia.

Selain itu, majlis sama turut melancarkan Trio Skin Hydration produk 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai toner dan essence yang mampu untuk meningkatkan aras kelembapan kulit, memastikan kulit sentiasa sihat dan anjal, memperbaiki tekstur kulit dari dalam dan turut memberi kesan ‘healthy glow’ seawal tujuh hari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Mar 2021

Amzar Sabri Muncul Dengan Single Solo Berjudul ‘Kenangan’

Pasti ada yang masih ingat dengan kepada sebuah kumpulan duo bernama Viral yang pernah memeriahkan industri hiburan sekitar tahun 2016. Dianggotai oleh pasangan kembar bernama Amzar dan Amsyar, mereka banyak berkolaborasi bersama artis–artis tempatan seperti […]

Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Yasmin Hani Akui Sanggup Berlapar Asalkan Kebersihan Rumah Terjaga – “Dapur Berasap Tapi Kotor Berlemuih?”

Wahh, mesti rumah Yasmin Hani berkilat ni 🤩 Harus dipuji ni sebab tak semua orang ada kemahiran dalam mengemas okayh! 🤪

Trending Mon, 21 Jun 2021
Hiburan Mon, 23 Oct 2023

“Saya Jenis Introvert, Tak Out Going Sangat” – Sophia Albarakbah Teruja Lakonkan Watak Wanita Bertenaga & Lincah

Sebagai artis yang serba boleh, bagi je lah watak apa pun, mesti boleh bawa punya!

Trending Tue, 24 Nov 2020
Selebriti Thu, 4 Jan 2024