Trending By: SGMS Enal December 20, 2019 @ 10:33am

“Kulitnya Masih Melekat Di Baju”

Seorang kanak-kanak perempuan telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk selepas seperiuk sup tertumpah ke badannya.

Karina Iskalieva berusia 6 tahun mengalami luka melecur sebanyak 30 peratus di bahagian badannya. Kejadian ini berlaku di Aktau di bahagian timur Kazakhstan.

Karina telah berlanggar dengan tukang masak yang sedang membawa seperiuk sup panas tersebut ketika dia ingin meninggalkan kantin.

Tukang masak tersebut telah mengheret Karina ke sebuah ruangan supaya ianya terhalang daripada rakaman CCTV.

Menurut ibunya, Sania Iskalieva, kakitangan di tadika berkenaan cuba untuk menyembunyikan perkara yang berlaku, bahkan mereka juga tidak menelefon ambulans untuk mendapatkan bantuan.

“Mereka telah membuka pakaian Karina dengan kulitnya masih melekat di baju tersebut” menurutnya lagi.

“Saya segera ke sini bersama suami setelah menerima panggilan dan terkejut melihat Karina dalam keadaan tidak berpakaian sedang menangis kesakitan dan menggigil kesejukan” tambahnya lagi.

Sania berasa sangat kecewa dengan tindakan pihak tadika berkenaan dan berharap kakitangan tadika berkenaan mendapat hukuman setimpal ke atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Sumber: mirror.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 11 Nov 2020
Trending Fri, 23 Nov 2018

Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

Ini adalah menurut bancian yang dilakukan oleh Cambridge Assessment International Education.

Trending Wed, 14 Mar 2018

Stephen Hawking Passes Away at Age 76

The iconic physicist, Stephen Hawking has passed away at the age of 76 this morning.

Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Trending Tue, 12 Mar 2019

赛亚人穿水手服?网惊:童年崩坏了

七龙珠与美少女战士互换战袍,你接受到吗?

Trending Thu, 3 Jun 2021

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Filem Radhe di tonton CINEMA!

Filem Bollywood terbaru berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai kini bersiaran di tonton CINEMA bermula hari ini! Filem yang ditunggu-tunggu ramai ini dibawakan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi

| Live TV