Featured By: Ad Ops March 28, 2019 @ 11:00am

Kumpulan Nama ingin harumkan Malaysia di pentas Asia’s Got Talent

Sudahkah anda kenali Nama, peserta Asia’s Got Talent (AGT) dari Malaysia untuk musim ketiga yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir?

Kumpulan vokal wanita ini terdiri daripada empat gadis cantik yang berjaya membuatkan pengadil rancangan realiti berkenaan kagum dengan skil nyanyian harmoni mereka. Hebat!

Bagi anda yang pernah menonton sesi uji bakat mereka bulan lalu di televisyen atau YouTube, salah satu persoalan yang timbul di minda pastinya ada kena-mengena dengan outfit mereka. Betul atau tidak?

Ya, anda mungkin menganggap yang pakaian mereka tidak begitu sesuai untuk satu acara yang penting sebegini. Ada pihak yang memanggil pakaian mereka sebagai ‘baju Zumba.’

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NAMA (@namathemusic) on

Jika anda hendak tahu, menurut pengurus mereka, sebenarnya mereka tiada pilihan lain kerana itulah apa yang pihak produksi AGT inginkan.

Pada mulanya mereka sudahpun sediakan pakaian yang lebih meriah, tetapi mereka diminta untuk tampil dalam outfit yang lebih sesuai dengan identiti mereka sebagai gadis muda. Itulah kisahnya.

“Sebelum tampil ke pentas, kami rasa macam sudah cukup cantik, tetapi apabila kami tonton semula video uji bakat kami, Allahu akhbar!” kata mereka dengan penuh tawa.

Bagaimanapun, tidak kiralah apa yang mereka pakai, bakat Nur Fazrina Mohd Ani, Noor Syamimi Makhetar, Norfazira Malik dan Nur Farahida Dolhadi, ketiga-tihanya berusia 24 tahun,  tetap terserlah.

Maklumlah, bukan semua kumpulan penyanyi mampu menonjolkan teknik harmoni di dalam nyanyian mereka.

Ternyata empat gadis ini berjaya menawan bukan sahaja pengadil AGT serta rakyat Malaysia malah warga antarabangsa. Syabas!

Persembahan pertama

Sebelum menyertai AGT, Nama hanya diberi peluang untuk membuat persembahan di majlis korporat. Memasuki industri muzik tanah air memang sukar.

“Disebabkan itu, kami merasakan AGT ialah  platform yang baik untuk ketengahkan bakat kami,” kata Fazrina.

“Lagipun Malaysia tidak banyak kumpulan vokal jadi agak susah untuk kami mencapai sasaran di sini. Itu sebabnya kami ingin mencuba nasib di pentas lain pula,” kata Fazira.

Untuk sesi uji bakat mereka di pentas Asia’s Got Talent, Nama dipuji oleh dua orang pengadil Asia’s Got Talent iaitu Anggun dan Jay Park.

“Saya tidak pernah melihat sebuah kumpulan vokal yang terdiri daripada wanita berhijab. Dan saya rasa kita memang perlukan satu kumpulan sebegini,” kata Anggun.

“Saya ingat saya sedang menonton persembahan kumpulan The Supremes (dari Amerika Syarikat) tetapi dalam versi moden dan versi Malaysia,” kata Jay.

Pengadil David Foster pula berpendapat konsep Nama cukup menarik untuk dipasarkan tetapi dari segi teknik nyanyian, ahli kumpulan Nama perlu mengasah lagi bakat mereka.

“Kami tidak ambil hati langsung. Matlamat kami ialah untuk membuat David kagum,” kata Fazrina.

“Kami tahu beliau ialah komposer terkemuka jadi sekurang-kurangnya kami ingin mencapai jangkaannya.”

Walaupun David tidak memberikan kata “Yes” di sesi uji bakat Nama, David tetap berikan nasihat yang berguna.

“David mengingatkan kami untuk wujudkan chemistry ketika kami menyanyi bersama. Dan sejak itu, kami berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh,” kata Shamimi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Berhenti berharap – full video di youtube Nama themusic #sheilaon7 @indomusikgram

A post shared by NAMA (@namathemusic) on

Sejarah Nama

Keempat-empat ahli kumpulan Nama ialah graduan Universiti Malaya. Farah, Shamimi dan Fazira mengambil ijazah jurusan Seni Persembahan, manakala Fazrina pula menuntut jurusan Sains Alam Sekitar.

Setiap tahun, universiti berkenaan menganjurkan festival seni di mana penuntutnya berentap dalam pertandingan nyanyian koir, nasyid dan sebagainya.

Mereka berempat memang aktif dalam persembahan nasyid tetapi secara berasingan. Pada Januari 2017, guru vokal mereka, Rafiq Taib mencadangkan mereka bergabung untuk menjadi satu kumpulan vokal harmoni.

“Dengan Nama, kami ingin ketengahkan konsep pop untuk menjangkau khalayak yang lebih ramai serta menembusi pasaran antarabangsa,” kata Fazrina.

Shamimi menambah, “Pengalaman mendendangkan lagu nasyid sebenarnya telah mengajar kami cara untuk menggunakan teknik harmoni.

“Berbekalkan dengan kelebihan ini, kami merasakan ia boleh juga digunakan untuk lagu pop. Lagipun, mesej kerohanian masih boleh diselitkan.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum, Seperti yang dijanjikan, kami mempersembahkan NAMA kepada anda, Kami perkenalkan @norfaziramalik, @fd_fara, @faz_baek, @syamimimakhetar Teruskan menyokong kami!! #byrafiqinfinatez

A post shared by NAMA (@namathemusic) on

Susunan muzik

Dari aspek inspirasi dalam muzik, setiap ahli kumpulan Nama mempunyai idola masing-masing. Pada masa sama, mereka mengambil inspirasi daripada kumpulan vokal harmoni seperti Pentatonix.

“Kami tidak mahu fokus pada harmoni sahaja. Nyanyian secara solo juga patut dititikberatkan. Keseimbangan perlu ada,” kata Shamimi.

Dari segi pengagihan bahagian nyanyian pula, mereka tahu kekuatan masing-masing. Contohnya, Farah bertanggungjawab untuk menyanyi bahagian tinggi, manakala bahagian rendah pula diberikan kepada Fazrina atau Fazira. Mimi pula mahir bermain piano, jadi beliau boleh tolong dalam penyusunan suara.

“Kami tahu peranan masing-masing dalam kumpulan ini, jadi kami mampu bekerjasama dengan efektif,” kata Shamimi.

Bagaimanapun, mereka mengalami sedikit kesukaran untuk berlatih kerana masing-masing mempunyai kerjaya tersendiri.

“Memandangkan kami berjaya ke pentas AGT, hendak atau tidak kami terpaksalah mencari masa untuk bertemu,” kata Fazrina.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NAMA (@namathemusic) on

Perancangan masa hadapan

Selepas AGT, Nama berharap untuk mengeluarkan single tersendiri, dan jika ada rezeki, sebuah album penuh.

“Sebuah single dalam Bahasa Malaysia sudahpun sedia untuk kami kongsikan, tetapi kami juga ingin mengeluarkan lagu dalam Bahasa Inggeris.

“Kalau boleh kami ingin menembusi kedua-dua pasaran tempatan dan antarabangsa,” kata Fazrina.

Shamimi menambah, walaupun mereka bercadang untuk melancarkan kerjaya solo, kumpulan Nama tetap akan terus aktif.

Fazrina berkata, “Kami akan cuba meneruskan perjalanan kami sejauh mana yang mungkin kerana di Malaysia tidak banyak kumpulan penyanyi wanita. Kami ingin kembalikan nostalgia zaman kegemilangan kumpulan seperti Elite dan Feminin.”

Menerusi rancangan AGT, Nama tidak menjangkakan apa-apa tetapi mereka menetapkan matlamat untuk menang.

“Peserta dari Malaysia tidak pernah ke peringkat akhir, jadi kali ini kami ingin banggakan Malaysia,” kata Fazrina.

“Tekanan pasti ada, tetapi komen dan mesej yang kami terima menunjukkan yang mereka prihatin terhadap perkembangan kami,” tambah Shamimi.

Semoga berjaya!

INFO: Tonton Asia’s Got Talent setiap Khamis pada pukul 8.30 malam di saluran AXN (Astro 721).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Feb 2021

“Ada Katak Kering Dan Paku Berkarat” Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

Takutnya, apapun semoga Andi Bernadee kembali sihat…

Trending Tue, 27 Oct 2020

Akad Nikah Di KL, Putrajaya Dibenarkan Mulai Hari Ini

Buat mereka yang di zon hijau dan kuning je tau!

Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Mon, 1 Mar 2021

Moratorium Berakhir Mac Ini, Moratorium Menyeluruh Disarankan Buat..

Umum maklum, moratorium secara bersasar bagi mereka yang memerlukan bakal berakhir Mac ini. Justeru, Setiausaha Agung Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Stan Singh-Jit berkata aliran aktiviti runcit telah merosot dan menjejaskan perniagaan sektor itu susulan […]