Trending By: Salma Syahbuddin September 13, 2021 @ 5:16pm

KWSP Lancar 2 Inisiatif Bantuan Bermula September Hingga Disember 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melancarrkan dua inisiatif baharu bantuan untuk majikan terutamanya dalam melancarkan aliran kewangan pihak majikan dalam tempoh pandemik.

Antara inisatif bantuan yang diperkenalkan adalah, pengecualian caj lewat bayar caruman, berkuat kuasa secara automatik bermula caruman September hingga Disember depan serta Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR).

“Pengecualian caj lewat bayar caruman merujuk kepada caj dikenakan ke atas majikan gagal membayar caruman wajib KWSP pada atau sebelum 15 hari bulan setiap bulan.

“Walaupun tarikh akhir untuk membayar caruman tidak berubah, melalui inisiatif ini majikan boleh membayar caruman mereka sehingga akhir setiap bulan tanpa dikenakan caj lewat bayar.

“Ini akan memberi fleksibiliti kepada majikan untuk mengurus aliran tunai mereka dengan lebih efektif semasa tempoh mencabar ini, selain tidak perlu membuat sebarang permohonan bagi inisiatif berkenaan,” Katanya.

  • Inisiatif Pengecualian Caj Lewat Bayar Caruman 

-Berkuatkuasa secara automatik

-Caruman bermula pada bulan September sehingga Disember 2021

-Tempoh bayaran caruman bulan semasa adalah melalui inisiatif pengecualian caj lewat bayar caruman

  • Inisiatif Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR)

– Majikan ditawarkan pengurangan sehingga 70 peratus untuk caj lewat bayar tertunggak bagi caruman lewat dibayar untuk mana-mana tempoh sebelum Ogos 2021

-Majikan perlu memastikan caruman dan dividen tertunggak untuk pekerja mereka bagi tempoh sebelum Ogos 2021 sudah diselesaikan sebelum 31 Disember depan, untuk layak mendapatkan pengurangan berkenaan.

KWSP juga memaklumkan, pengurangan caj lewat bayar caruman ini bertujuan untuk membantu majikan menguruskan aliran tunai, di samping menyediakan peluang dan insentif menyelesaikan sebarang baki pembayaran caruman tertunggak.

Untuk makluman, permohonan e-PaR akan dibuka mulai 13 September 2021 hingga 31 Disember 2021.

 

Sumber :KWSP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Nov 2021

Catat Sejarah Tersendiri! ABPBH 34 Cipta Rekod Undian Tertinggi Dalam Sejarah, Capai 4.4 Juta Penonton

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang melabuhkan tirai di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, pada 13 November lalu, mencipta sejarah apabila sebanyak 356,304,981 undi diterima sepanjang tempoh kempen undian selama

Trending Fri, 11 Sep 2020

Kenakan Sekatan Perjalanan Ke Atas Negara Berisiko – MKN

Ingat, jangan ikut suka hati je okay!

Trending Wed, 20 May 2020
Hiburan Sat, 25 Sep 2021

“Kami Tak Tuju Kepada Haters…” – Walau Pernah Dikecam, Dolla Tetap Sebar Aura Positif

Biarpun pernah dikecam teruk, kumpulan Dolla tidak menujukan lagu terbaru mereka, Berani kepada segelintir netizen yang mengkritik. Dianggotai oleh empat gadis manis, Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying

Trending Mon, 21 Oct 2019
Featured Mon, 18 Apr 2022
Filem Tue, 26 Jul 2022

Bakal Menemui Penonton 28 Julai Ini, Ini Fakta Menarik The Doll 3

Filem seram The Doll 3 akan mula ditayangkan pada 28 Julai 2022 di seluruh pawagam di Malaysia. Menariknya, filem tersebut menampilkan patung seram yang dihasilkan dengan menggunakan konsep animatronics. Penggunaan animatronics menjadikan patung lebih kelihatan

Trending Fri, 13 Aug 2021
Hiburan Fri, 25 Nov 2022

“Air Mata Baru Nak Keluar, Sekali Azal Buat Hal…” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Zarina Zainuddin & Azal Azrai

Pasti ramai yang tahu pelakon Zarina Zainuddin yang sering berkongsi berkenaan perkembangan anak-anaknya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh akaun TikTok @sugehresort yang memaparkan rakaman Zarina sedang bertanya kepada anaknya, Azal Azrai jikalau

| Live TV