Categories: Trending

Lagi 213 Sekolah Ditutup

Hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia menutup lagi 213 sekolah di Kuching sehingga 17 Ogos ini ekoran peningkatan kes Covid-19.

Ia membabitkan 87 sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan) dan 27 sekolah di PPD Samarahan.

Sarawak tangguh pembukaan sekolah

Terdahulu, pembukaan semua sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos 2020 ditangguhkan sehingga 17 Ogos ini.

Namun, kelas bagi pra-sekolah, tingkatan lima dan tingkatan enam akan beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD.

Bagaimanapun, KPM melalui Pengarah JPN akan berbincang semula mengenai keperluan menutup semula sekolah bagi memutuskan rantaian Covid-19 di beberapa kawasan terdedah jangkitan.

“Pada waktu ini pihak kami sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk melihat mengenai kebolehgunaan pelitup muka guna semula di sekolah. Sebarang makluman akan dimaklumkan kepada awam dalam masa terdekat jika ada,” katanya.

Salma Syahbuddin