Trending By: Salma Syahbuddin January 7, 2021 @ 1:49pm

Lagi Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Petaling Jaya, Shah Alam, Klang Bermula 12 Januari Ini

Seperti acara tahunan, gangguan bekalan air melibatkan beberapa kawasa disekitar Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai 12 Januari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan itu berlaku susulan kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berhampiran Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, yang bermula 9 pagi.

“Sebanyak 22 kawasan di Wilayah Shah Alam, empat di Klang dan 10 kawasan di Petaling dijangka akan mengalami gangguan ekoran kerja-kerja berkenaan. Bekalan air akan pulih sepenuhnya pada 9 pagi, 14 Januari 2021″katanya.

Tempoh gangguan adalah berbeza

Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan sistem agihan.

Air Selangor turut memaklumkan pelaksanaan kerja-kerja berkenaan akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tersebut boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com  ATAU menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Sumber : Air Selangor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 6 Feb 2020

情人节DIY心形美味餐点!让另一半感受你满满的爱意

除了在外吃情人套餐,在家动动手准备一份情人特餐,更添浪漫气氛喔!

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Trending Fri, 3 Jan 2020

1月4日有流星雨!每小时预测可看到约120颗流星划过

没有看过「流星雨」的朋友注意啦!本周六(1月4日)将出现预计每小时120颗流星划过天际。

#SkoolXTRA Wed, 21 Jun 2023
Trending Sun, 15 Sep 2019

Ditampar Kerana Persoal Parking Kereta !

Zaman apa nie, main nak tampar orang pasal parking? Kena faham dan dengar dari 2 belah pihak

Trending Wed, 4 Apr 2018

平均71岁CS电竞「白发战队」秒电爆鲜肉

谁说游戏只能年轻人玩?瑞典一支平均年龄71岁电竞战队伍「银色狙击手」(Silver Snipers),虽然头发早已苍白、满脸皱纹,但只要坐上电脑前瞬间霸气外泄,立刻震慑敌队的年轻人。

Trending Fri, 16 Jul 2021

Awie Tampil Dengan Coretan Pilu, Jadi OST Drama Bersiri Ayahanda

Lagenda muzik rock Malaysia, Datuk Awie tampil dengan single terbaharunya berjudul Coretan Pilu. Coretan Pilu merupakan gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya pastinya meruntun jiwa pendengar. […]

error: Content is protected !!