Trending By: Attiqah Mohd August 5, 2019 @ 4:12pm

Lagi Kes Bunuh UPNM, Netizen Soal Punca Kematian Sebenar Amirul Nashriq Setahun Lalu

Selepas kes kematian Zulfarhan Osman, pegawai kadet UPNM yang menemui ajal setelah  dibuli dan didera secara kejam oleh sahabatnya sendiri 2 tahun lalu, kini timbul pula isu kematian yang turut melibatkan seorang penuntut UPNM iaitu Amirul Nashriq yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Terbaru, netizen di Twitter mempertikaikan punca kematian penuntut UPNM yang mati akibat lemas di Sungai Chamang pada 24 Mac 2018.

Ada kesan lebam pada badan mangsa 2 hari sebelum meninggal

Menerusi laporan yang dikeluarkan, dipercayai  terdapat kesan lebam pada badan mangsa dua hari sebelum mangsa ditemui mati lemas. Hal ini menimbulkan persoalan adakah mangsa sebenarnya “didera”sebelum menemui ajalnya. 

Susulan itu, pihak keluarga Amirul Nashriq menuntut keadilan terhadap kematian anaknya namun tidak diendahkan oleh pihak pengurusan UPNM. 

Arwah dipukul oleh 3 orang senior UPNM di bahagian ulu hati, rosak organ dalaman 

Menerusi sebuah Tweet yang dimuat naik oleh pemilik bernama Ritzana, kematian arwah menimbulkan keraguan dan spekulasi kerana dibuli dan dipukul oleh 3 orang senior di UPNM.

Sebelum mangsa ditemui mati lemas di air terjun Sungai Chamang, mangsa dipercayai dibuli dan dipukul oleh 3 orang penuntut UPNM yang bergelar senior. 

Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan organ dalaman arwah rosak dan terdapat kesan lebam di bahagian ulu hatinya. 

Amirul Nashriq juga dikatakan tenggelam dan timbul semula selepas 15 minit sebelum ditemui mati lemas, arwah dipercayai cuba diselamatkan oleh rakannya namun gagal. 

Berikutan kejadian ini, nama UPNM sekali lagi terpalit dengan kes pembunuhan, adakah pihak UPNM akan mengambil langkah sewajarnya terhadap pengurusan Universiti ataupun hanya sekadar bersikap ‘lepas tangan’?

Budaya buli dan ‘raging’ yang diamalkan oleh penuntut UPNM telah menyebabkan dua nyawa melayang, namun pihak UPNM masih  berdiam diri malah tidak mengeluarkan sebarang permohonan maaf atau kenyataan rasmi berhubung kematian Zulfarhan Osman dan Amirul Nashriq. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Apr 2022
Featured Mon, 6 Mar 2023
Featured Fri, 5 Nov 2021

Comelnya! Viral Di TikTok, Netizen Terhibur Dengan Gelagat 2 Warga Emas ‘Struggle’ Nak Rakam Video

Tular satu video di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila melihat gelagat dua wanita warga emas yang membuatkan mereka terkial-kial mengenai fungsi kamera pada telefon bimbit. @lindaaliass Situasi mama and makdak struggle nak flip video guna […]

Featured Fri, 27 Apr 2018

Bagaimana Rupa Puteri-Puteri Disney Jika Mereka Hidup Di Zaman Moden? Pelukis Ini Ada Jawapannya

Para Puteri Disney diberi nafas baru dari segi rupa serta gaya fesyen mereka. Nampak chic!

Featured Tue, 13 Feb 2024