Trending By: Yanie Baharom March 1, 2018 @ 6:13pm

Lagi Netizen Kecam, Lagi Saya Nak Buat Lagu – Neera Azizi

Wow! pelakon baru  ini nampaknya cuba caras kehangatan berita sensasi dan kontroversi  yang dicetuskan Neelofa menerusi majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa yang berlangsung di Zouk, baru-baru ini, apabila nyanyian kelautnya, dikatakan berjaya mengalih seketika tumpuan netizen.

Meskipun persembahan nyanyiannya ketika muncul dalam sebuah program bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI) minggu lalu,  mendapat kritikan hebat sehingga mengundang komen sinikal ‘rakyat Malaysia kemurungan selepas mendengar suaranya’ dan diminta melupakan lapangan nyanyian, namun gadis tinggi lampai ini menepis kontroversi yang melanda dirinya dengan cukup  tenang dan cukup berkeyakinan.

Nak tahu apa jawapan Neera, ini jawapannya :

“Sebenarnya semakin dikecam, semakin saya bersemangat untuk menghasilkan single baharu. Lagi pun, orang yang mengutuk itulah yang nak tengok video saya di YouTube atau ikuti Instagram saya,” katanya

 

www.instagram.com/neeraazizi/?hl=en

 

Neera menganggap kritikan orang ramai terhadap mutu nyanyiannya ketika muncul dalam MHI sebagai pemangkin untuk membuktikan kesungguhan   sayadi arena seni suara.

“Sebagai anak seni, tiada istilah cepat berputus asa biarpun dirinya berdepan komen melampau netizen, sebaliknya kini sudah bersedia memasuki kelas vokal sebagai persediaan merakamkan single baharu.

“Ada yang tahu mengecam saja tanpa mengetahui (hakikat) di sebalik setiap perkara. Namun, ia tidak menjadi kudis dan paling penting, saya melihat setiap komen dari sudut positif dan akan berusaha memperbaiki kelemahan diri,” katanya.

 

 

Tambah gadis cantik ini lagi, sebelum merakamkan single sulung, Rasa Hati, dia mengikuti kelas  vokal dan selepas ini, saya akan mempertajamkan lagi kebolehan lenggok suara di bawah bimbingan guru berpengalaman.

Setakat ini, rakaman persembahan pemilik nama sebenar Nurazneera Azizi, 20, itu ditonton lebih sejuta kali menerusi Facebook, manakala muzik video lirik Rasa Hati pula sudah mencatat lebih 30,000 tontonan di YouTube.

Sementara itu, Neera juga melihat kritikan terhadapnya sebagai hikmah apabila semakin ramai menyedari kehadirannya dalam industri hiburan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Dec 2019

Jangan Lihat Gerhana Matahari Guna Mata Kasar

Ingat ya guna kaedah yang betul dan selamat

Trending Sun, 28 Aug 2022

“Ini Antara Pengubat Duka” – Noh Salleh Tersentuh Bila…

Selepas mengejutkan warganet mengenai kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Mizz Nina, awal bulan ini, Noh Salleh tampil membuat persembahan Konsert 3 Generasi di Zepp KL, malam tadi. Menghiburkan kira-kira 3000 peminat yang hadir, Noh menzahirkan

Hiburan Sun, 8 May 2022
Featured Sat, 19 Feb 2022
Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

Featured Wed, 23 Jan 2019

Ramai yang memuja kecantikan Imma, sayangnya dia hanyalah sebuah boneka… 

Melihat seleksi foto-fotonya, memang sukar mempercayai bahawa Imma adalah patung! 

Featured Wed, 14 Sep 2022

| Live TV