Trending By: Fatin Nurain June 23, 2024 @ 5:30pm

Lawaknya! Bella Hanna Kongsi Momen Selepas Bergelar Isteri Redza Rosli, Netizen Berseloroh: “Oyen Dah Kahwin”

Pelakon Bella Hanna tampil berkongsi momen selepas bergelar isteri kepada aktor, Redza Rosli sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian di TikTok, Bella telah memuat naik video Redza memegang tangannya ketika pulang bersama selepas berkahwin.

Lebih mencuit hati, Bella turut menggelar Redza sebagai ‘my oyen’ iaitu kucing yang berwarna oren.

Umum tahu, sebelum ini rata-rata warganet menyifatkan wajah Redza seperti kucing.

“InsyaAllah, my forever 🤲🏻✨ Redza Rosli #myoyen,” tulisnya.

Terhibur dengan kapsyen aktres itu, rata-rata pengikutnya berpesan untuk menjaga Redza dengan baik di ruangan komen.

@mariofav InsyaAllah, my forever 🤲🏻✨ @redzarosli_ #myoyen ♬ Cinta Tanpa Syarat – Afgan

Terdahulu, Redza dan Bella telah berkahwin pada 21 Jun 2024, Jumaat lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 14 May 2023
Trending Tue, 3 Jul 2018

‘ Ya, saya sudah tewas dan saya akur keputusan rakyat,’ – Najib Razak

Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan yang terbaik.

Trending Sun, 4 Apr 2021
Featured Thu, 17 Mar 2022

Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Disaran Ambil Dos Penggalak – KJ

Suntikan booster perlu untuk mengurangkan simptom dan jangkitan Covid-19