Trending By: SGMS Enal January 23, 2020 @ 3:31pm

Lelaki Di Bawah Pengaruh Dadah Langgar Empat Kenderaan Direman

Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah yang membuat kekacauan di sebuah kedai dan melanggar empat kenderaan termasuk sebuah motosikal semalam, ditahan reman selama empat hari bermula 20 Januari, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata sebelum kejadian itu, berlaku pertengkaran antara suspek yang berumur 26 tahun dengan rakan-rakannya di pantai Batu. 

“Suspek telah beredar dari lokasi setelah berlaku pertengkaran itu dan melarikan diri dengan memandu keretanya. Ketika tiba di Taman Muhibbah, kereta suspek telah melanggar sebuah motosikal jenis Honda Wave dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

“Suspek juga bertindak keluar dari keretanya dan memasuki sebuah kedai runcit dan telah menyelerakkan barang-barang di kedai itu sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, apabila sampai di lampu isyarat Shell Gate, suspek telah melanggar dua lagi kenderaan jenis Perodua Kancil dan Naza Suria.

“Seterusnya suspek melarikan diri menuju ke arah lampu isyarat Kampung Paya sebelum ditahan oleh orang awam.

“Suspek telah dibawa ke Pejabat Narkotik Port Dickson bagi menjalani ujian saringan air kencing dan hasil ujian itu suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

Trending Thu, 28 Dec 2023

Misteri Ibu Tunggal Hilang, Kakak Mangsa Syak Teman Lelaki Bersubahat

Semoga Bella ditemui dalam keadaan selamat🤲🏻

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang […]

Trending Mon, 17 Aug 2020
Selebriti Fri, 22 Sep 2023

“Tanpa Sedar, Saya Rasa Sangat Bergantung Pada Farid” – Diana Danielle

Not really realizing how much he means to my world – Diana Danielle

Trending Tue, 16 Mar 2021
Kes Mahkamah Fri, 14 Jul 2023
Featured Fri, 5 May 2023