Trending By: Attiqah Mohd July 15, 2019 @ 5:03pm

Lelaki Gila Seks Cabul Kanak-Kanak Di Kedai Runcit, Suspek Kini Diburu Polis

Sebuah video yang tular di laman Twitter memaparkan seorang lelaki tidak dikenali mencabul seorang kanak-kanak kini diburu pihak polis. 

Dalam rakaman video CCTV di sebuah pasar raya di Country Homes, Rawang , seorang lelaki dipercayai berusia pertengahan 30 an berpakaian serba hitam mendekati seorang kanak-kanak perempuan sebelum membuka seluar dan bertindak mencabul kanak-kanak itu dengan mendekatkan kemaluannya ke arah belakang mangsa.

Kanak-kanak tersebut dipercayai masih dibangku sekolah berikutan uniform sekolah yang dipakainya.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak perempuan tersebut dilihat sedang sibuk memilih barangan runcit bersama adiknya yang masih kecil.

Tindakan lelaki itu buat kali kedua mengundang kemarahan kanak-kanak itu dan dia bersama adiknya bergegas keluar daripada kedai tersebut.

Bapa Buat Laporan Kejadian

Menurut Harian Metro, bapa kepada kanak-kanak tersebut telah membuat laporan kepada pihak polis mengenai kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 201.

Buat ibu bapa yang mempunyai anak perempuan kecil, jangan biarkan anak anda keluar keseorangan ataupun berteman dengan adik perempuan yang masih kecil di kedai runcit atau di luar. Dunia sekarang ni pelbagai jenis ragam manusia yang kita jumpa terutama lelaki pervert dan gila seks. Awas!

Saksikan video kejadian tersebut di bawah

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Aug 2023
Featured Tue, 20 Dec 2022

Netizen Teruja Lihat Kampung Anak Maryam Younarae & Ryzal Ibrahim Durian Kimchi – “Pergh Dia Punya Kampung Dekat Korea…”

Pasangan suami isteri pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae membawa anak sulung perempuan mereka, Rina, pulang ke Korea Selatan, baru-baru ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, keluarga kecil itu sedang meluangkan masa […]

Trending Thu, 3 Sep 2020
Featured Mon, 8 May 2023
Trending Thu, 7 Jun 2018

Tak Jadi Kahwin Jutawan Arab, Rihanna Putuskan Hubungan Kerana Bosan

Hasrat untuk mengahwini juwatan Arab Saudi nampaknya tidak kesampaian apabila penghibur antarabangsa, Rihanna membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Hassan Jemeel.

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Featured Tue, 28 Mar 2023