Kisah seram dan mistik kat Malaysia ni memang menjadi makanan netizen. Bila muncul je thread kisah seram di laman Twitter atau Facebook mesti akan menerima ribuan likes dan retweets kan? Ala..maklumlah kan netizen kita memang gemar dengan kisah-kisah misteri macam ni.
Seorang lelaki di Twitter dikenali dengan nama akaun twiter aauskaply berkongsi 10 tempat paling menyeramkan di Malaysia. Sehingga kini, threadnya menerima hampir 10k retweets. Jom kita tengok!
1. Tanah perkuburan
org kata kat kubur banyak hantu. pic.twitter.com/kH35l7zPpD
— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 23, 2019
eh main-main pulak dia!
2. Hospital Lady Templer kat Cheras.
dibuka pada 1952.
biasalah hospital. menurut staff staff kat sini. ramai yang telah ternampak roh2 yang tak aman mundar mandir area sini. pic.twitter.com/U9q3cs3URc
— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 23, 2019
Hospital Lady Templar ni dah lama ditutup tetapi sewaktu hospital ni masih beroperasi terdapat pelbagai kisah mistik diceritakan. Menurut sumber, pekerja hospital selalu nampak roh pesakit berkeliaran,jelmaan lelaki serba putih, perempuan berambut panjang dan banyak lagi la penampakan kelibat misteri. Dengar pun dah rasa lain macam kan, guys?
3. Kellie’s Castle
okay bangunan ni dibina pada 1915. awalnya pemilik ladang Scotland bernama Kellie yg duduk sini. tapi sebab kellie meninggal, so Pembinaan di hentikan. pic.twitter.com/qRwRH4cBvB
— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 23, 2019
Kellie’s Castle yang terletak di negeri Perak ni merupakan bangunan tinggalan, kalau korang ke Perak tempat ni antara tempat yang terkenal dengan cerita mistik. Antara cerita yang paling femes mesti la pasal kelibat penampakan kanak-kanak yang memakai baju lusuh, jeritan dan lolongan. Scarynya.
4. Penjara Pudu
so penjara pudu ni pun one of the most building in KL. berusia 115 tahun and dirobohkan pada December 2012. pic.twitter.com/8ORjtEPbwj
— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 23, 2019
Cerita yg aku nk share adalah pasal cerita “bilik terakhir”
bilik terakhir ni adalah bilik yg paling last sebelum kau kena hukum gantung.
once there was a lady kena hukum. tapi masa dia dlam bilik tu, she drew herself on the wall dlm bilik terakhir tu. pic.twitter.com/gNEIrXmI12
— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 23, 2019
Penjara Pudu merupakan bangunan berabad lamanya di Kuala Lumpur dan telah dirobohkan pada Disember 2012. Ada banyak versi pasal Penjara Pudu tetapi yang paling menakutkan adalah kisah banduan terakhir di bilik terakhir. Dipercayai terdapat sebuah potret yang dilukis oleh seorang banduan lama, potret tersebut akan mengeluarkan “cahaya” yang agak menyeramkan ketika waktu malam malah banduan yang akan ke tali gantung turut ditemani oleh ‘tangisan’ potret tersebut. Sumpah takut, guys!
5.Muzium Telekom.
tu kat KL ni ha.
orang kata bangunan muzium Telekom ni is well preserved.kegunaan masa WW2 was markas perancangan jepun.
so, bukan tempat seksa jela actually.
so what happened here is bawah ni ada satu terowong. dulunya digunakan utk tempat menyorok pic.twitter.com/vz5I922ZYu— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 23, 2019
Muzium Telekom ini merupakan salah satu bangunan tertukan di KL, malah bangunan ini masih dijaga dan diselia dengan baik. Tetapi, apa yang korang tak tahu ada terowong gelap di situ dan dikatakan sekitar terowong itu pernah menjadi tempat pembuangan mayat oleh tentera Jepun pada zaman dulu. Whaaaaat!
6. Victoria Institution
VI ni actually one of the oldest school in KL. so mmg banyak la cerita hantu dia.
what happened here? pic.twitter.com/6Ie1qGplF0— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 22, 2019
VI merupakan antara salah satu bangunan sekolah tertua di KL, ada sumber yang mengatakan VI pernah menjadi tempat kubu tawanan Jepun, tempat ini juga dipercayai tempat di mana mereka membuang dan menyeksa mayat yang ada. Biar betik!
7. Karak Highway
so we all know karak ni pernah gegarkan malaysia sbb movie seram dulu. yes it happens man. pic.twitter.com/m1kNLhPFIi
— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 22, 2019
Sebut je Karak Highway mesti la banyak kisah-kisah seram pasal highway ni kan. Ada yang nampak pontianak la, pochong la tapi kisah yang sinonim dengan Karak Highway mesti la kisah Volkswagen kuning yang dikatakan akan memotong kereta sebanyak lima atau enam kali. Dipercayai kisah di sebalik Volkswagen tu berlaku kerana pergaduhan suami isteri. Roh suami yang tidak tenang menghantui Volkswagen kuning tersebut. Seram!
8. Bukit Putus.
So Bukit Putus ni terletak di Negeri 9. Kalau zaman b4 2012, ni jela jalan yg kau boleh pakai utk reach Kuala Pilah.
so mmg jalan berliku and bahaya. about 32 selekoh tajam jugak lah. pic.twitter.com/K4NGHYQELp
— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 22, 2019
Lokasi ni memang tak ramai yang tahu tapi terdapat pelbagai kisah mistik yang berlaku di sini. Bukit Putus terletak di Negeri Sembilan dan menjadi salah satu tempat kerap berlaku kemalangan yang meragut nyawa. Antara cerita popular adalah penampakan lelaki tak berkepala tersekat di pokok, kumpulan manusia membawa keranda bersama obor, pontianak dan langsuir dan sebagainya.
9. Tambun Inn Hotel.
Okay hotel ni pun dikira berhantu jugak. idk why dia berhantu. maybe sebab kita ganggu tempat dia kut. idk man.
but from what I’ve searched, selalunya pengunjung akan dengar bunyi perempuan2 menjerit. pic.twitter.com/m1ncjbaOre
— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 21, 2019
Kalau kisah hotel berhantu kat Malasyia memang boleh dikatakan semua hotel mempunyai kisah mistik tersendiri tetapi apa yang berlaku di Tambun Inn Hotel ni memang terkenal. Dikatakan pengunjung sering terdengar bunyi perempuan menjerit, bisikan-bisikan aneh yang membuatkan pengunjung terasa ingin membunuh diri dan banyak lagi la. Takut kan?
10. First World Hotel, Genting Highlands
Hotel ini dikatakan berhantu dek kerana individu-individu yang bunuh diri setelah kalah dalam perjudian di kasino. Penginap yang sihat boleh jatuh sakit secara tiba-tiba. Dan bau colok yang memenuhi ruang dipercayai sebagai makanan entiti pic.twitter.com/5DENgBZQ4T
— ASTRAGALALANALALA (@aauskaply) June 21, 2019
First World Hotel sangat lah terkenal di Genting Highlands menjadi tarikan utama buat pelawat terutamanya yang ingin menghabiskan masa dan duit di kasino. Hotel ini dipercayai sangat berhantu kerana terlalu ramai pengunjung yang membunuh diri akibat kalah dalam berjudi, kelibat penampakan entiti dan sebagainya masih menghantui hotel ini.
sumber:https://twitter.com/aauskaply