Trending By: Ad Ops February 27, 2019 @ 3:40pm

Lelaki ini kongsi teknik edit gambar untuk pasangan keluar dating tanpa “third-wheeler”

Kelakar tetapi agak menarik dan berguna! Seorang pemilik akaun Twitter bernama AnuarNazir telah berkongsi thread mengenai cara untuk menangkap gambar berdua untuk pasangan yang keluar dating tapi tanpa kehadiran “third wheeler” yang selalu menjadi photographer tak berbayar. 

Perkongsian ini telah mendapat likes sebanyak 7.3k di laman  Twitter. Menurut lelaki ini dia menggunakan aplikasi photoshop untuk mengedit bersama teman wanitanya  Ambil gambar asing-asing tetapi boleh edit nampak macam gambar dating berdua. Fuyooo!

Sumber:https://twitter.com/anuarnazir/status/1100041454770999296

Wow! nampak macam gambar yang real kan. Hebat betul skill lelaki ni. Thread ini mendapat pelbagai komen daripada netizen dan rupa-rupanya ramai juga netizen yang turut berkongsi teknik yang sama. Millenial zaman sekarang, guys.

Lihat saja komen-komen yang diterima:

Sumber:https://twitter.com/anuarnazir/status/1100041454770999296

Sumber:https://twitter.com/anuarnazir/status/1100041454770999296

Tak sangka ada juga netizen yang  lagi kreatif dan sanggup edit gambar bersama selebriti Korea pujaaan hati. Gigih betul sis ni ye..

Untuk korang yang nak keluar dating tapi tiada kawan yang nak tolong jadi “photographer” tu, boleh la ikuti thread akaun Twitter ni dan gunakan skill korang tu untuk dapatkan gambar yang cantik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Thu, 23 Mar 2023

Nikmati Air Yang Bersih & Segar Sepanjang Hari Dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri

PASANGAN yang baharu menimang cahaya mata pastinya teruja menerima penambahan ahli dalam keluarga, tambahan kelahiran anak pertama. Pastinya, pelbagai persiapan dilakukan sempena menjadi ibu bapa baharu, selain bakal meraikan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Namun, […]

Trending Wed, 24 Jun 2020
Featured Mon, 25 Oct 2021
Trending Sat, 23 Feb 2019

Wanita 59 Tahun Sanggup ‘Ubah’ Wajah Hanya Kerana Hutang 16 Juta

Lari Dari Bayar Hutang RM16 Juta, Wanita 59 Tahun Sanggup ‘Ubah’ Wajah