Trending By: SGMS Enal March 16, 2019 @ 5:12pm

Lepas 5 Hari Suntikan Botox, Wanita Maut

Seorang ejen hartanah yang berusia 32 tahun telah meninggal dunia pada 13 Mac lalu, ia beberapa hari setelah beliau mendapatkan suntikan botox di sebuah klinik estetik.

Dikatakan bahawa wanita itu terkena serangan jantung dan sawan sejurus selepas menerima rawatan kosmetik di klinik itu.

Doktor yang membuat rawatan (kosmetik) berkenaan cuba menyelamatkannya dan memanggil ambulans. Namun semasa tiba di Hospital Besar Singapura, wanita itu telah terlepas ‘tempoh keemasan’ untuk rawatan.

Kekurangan oksigen ke otak menyebabkan dia koma manakala hati dan paru-parunya juga mula gagal untuk berfungsi.

Selepas menghabiskan lima hari menggunakan mesin sokongan hidup, wanita terbabit meninggal dunia.

Menurut bapa mangsa, doktor dari klinik estetik ada menemuinya di hospital dan memohon maaf kepada keluarganya. Doktor tersebut menjelaskan kepadanya bahawa anak perempuannya telah mendapatkan suntikan botox pada 8 mac yang lalu.

Botoxneurotoxin, biasanya disuntik ke dalam dahi atau di sekitar mata untuk mengurangkan kedutan dengan menegangkan otot di bahagian tersebut

Ada kes yang berlaku di mana toksin boleh merebak ke dalam badan yang akan menyebabkan lemah otot, masalah penglihatan dan sukar untuk bernafas.

Tetapi jarang sekali ada suntikan botox yang mengakibatkan serangan jantung. Pakar berkenaan mengatakan bahawa mangsa berkemungkinan mempunyai masalah berkaitan jantung dari awal.

Dan disebabkan itu, mangsa terkena serangan jantung dan jantungnya berhenti untuk mengepam.

Namun keluarga mangsa ternyata tidak berpuas hati dengan penjelasan dari pihak klinik lalu melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis pada 10 Mac.

Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasat berkenaan kes itu.

November lalu, seorang pekerja bank di Hong Kong yang berusia 52 tahun meninggal dunia selepas menerima kira-kira 16 suntikan botox di sebuah klinik.

Wanita itu terkena asma dan dipercayai telah mati kerana kesukaran bernafas akibat ‘keracunan botox‘.

Sumber : Asiaone.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Oct 2019

“Rise and Shine”, Kylie Jenner Made Twitter Woke On Her Talent

In 2019, we stan Kylie’s talent! Stop sleeping on her!

Featured Fri, 9 Apr 2021

“Saya Dengan Seikhlas Hati… ” – Permohonan Maaf Neelofa Secara Terbuka Isu Langgar SOP

Setelah kontroversi pelanggaran SOP melibatkan isu perkahwinan dan rentas negeri yang tular di media sosial, selebriti terkenal, Noor Neelofa hari ini tampil mengemukakan permohonan maaf kepada orang ramai. Menerusi kiriman video yang di hantar kepada […]

Featured Thu, 1 Dec 2022

“Kenapa Nampak Lagi Cantik Lepas Beranak…” – Netizen Puji Rupa Paras Ayda Jebat

Pasti ramai yang mengenali pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang kini sudah menjadi seorang isteri dan juga ibu kepada anak sulungnya, Ana Nayla. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Ayda di laman TikTok berjaya […]