Trending By: Salma Syahbuddin June 10, 2021 @ 6:05pm

Lepasan SPM 2020 Diminta Kemas Kini UPUOnline Bermula 15 Jun Ini

Lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2020 boleh mula mengemas kini maklumat keputusan peperiksaan masing-masing melalui sistem UPUOnline selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 Jun ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan, fasa kemas kini itu dibuat selaras pengumuman keputusan SPM 2020 yang dibuat hari ini.

Para pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temuduga atau ujian.

“Hebahan keputusan permohonan UPUOnline lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 dijangka dibuat pada minggu ketiga Julai depan,” katanya.

Malah, KPT juga akan melaksanakan program Jom Masuk IPT Virtual 2021 (JMIPT Virtual 2021) dengan kerjasama rakan strategik Universiti Malaya (UM) bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan akses pendidikan tinggi.

Dan JMIPT Virtual 2021 ini melibatkan penyertaan semua universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA); Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan Bahagian Biasiswa KPT.

Tambahnya lagi, program itu terbahagi kepada dua fasa iaitu :

  1. Fasa pertama – 15 hingga 21 Jun 2021 (khusus untuk pemohon lepasan SPM)
  2. Fasa kedua – 8 hingga 12 Ogos 2021 (pemohon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf)

KPT juga ingin menjemput semua pihak khususnya pemohon, ibu bapa, penjaga, guru bimbingan dan kaunseling serta orang awam untuk bersama-sama menyertai program JMIPT Virtual 2021.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jun 2020

PKPP: Pelancongan Domestik Dibenarkan!

Boleh melancong dalam negeri!

Trending Thu, 19 Jul 2018
Trending Thu, 4 Mar 2021

Semua Pawagam Dibuka Semula Bermula Esok

Mesti ramai yang tak sabar nak pi tengok movie kan??

Trending Mon, 19 Feb 2018

LANGKAWI SKYCAB BEROPERASI SEMULA, 3000 PENGUNJUNG BERATUR BELI TIKET

Difahamkan, tiada pelancong yang membatalkan rancangan mereka untuk menaiki kereta kabel ini, yang dikendalikan Panorama Langkawi, sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Trending Fri, 3 Apr 2020
Trending Wed, 9 May 2018

皮卡丘的是老鼠还是兔子?作者亲自解谜原型竟是…

皮卡丘到底是兔子还是老鼠呢?近年因手游《精灵宝可梦GO》再度成为话题焦点,其中主角之一的皮卡丘是众多宝可梦迷的「好朋友」。许多民众也非常好奇,皮卡丘的原型究竟是什么动物呢?

Trending Wed, 25 Mar 2020

COVID-19: Angka Kematian Meningkat, Malaysia Catat 17 Kes Hari Ini

Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes kematian hari ini di Muar,Johor  sekali gus menjadikan jumlah kematian di negara ini menjadi 17 kes.  Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , kes terkini membabitkan kes […]

Trending Thu, 28 Mar 2019

Fakta Menarik Tentang LIMA 19!

Ini apa yang korang perlu tahu tentang LIMA 19 di Langkawi

Trending Sun, 12 Aug 2018

天生体质「比较敏感」易遇好兄弟体质5特征

什么样体质的人最容易接触到不同空间的众生?可以从手相和面相去看,拥有以下提到特征,个性或是体质较敏感,容易会遇到「鬼」!

| Live TV