Trending By: SGMS Enal July 24, 2019 @ 1:56pm

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diciplak Betul Ke?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan logo bagi kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020. Pelancaran yang berlansung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu menampilkan logo bermotifkan burung kenyalang, bunga raya, paku pakis liar dan warna bendera Malaysia.

Namun, mula timbul ura-ura dan dakwaan bahawa logo tersebut sebenarnya diciplak dari rekaan logo yang lain. Justeru, tidak mahu orang ramai terus membuat pelbagai spekulasi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi telah terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, dakwaan logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 diciplak dan mempunyai kesilapan pada slogannya tidak berasas. Beliau berkata isu berkenaan tidak seharusnya timbul dan pihaknya akan mengekalkan logo tersebut dalam kempen promosi TMM 2020.

“Orang yang mendalami dalam bahasa Inggeris akan tahu apa maksud yang ditulis…mengenai logo diciplak, pereka grafik dapat ijazah kelas pertama dan dapat anugerah, tidak ada ‘copy right’ (hak cipta) dalam isu ini.

“Saya hormati semua pandangan. Tidak ada sebab untuk kita tidak kekalkan logo ini, kita kekalkan sebab kritikan tidak berasas dan bukan kritikan yang bijak, kalau kritikan yang bijak kita lihat dengan baik,” katanya selepas merasmikan Pameran Reproduksi ‘Leonardo Opera Omnia’ di Balai Seni Negara di sini, hari ini.

Isu logo TMM 2020 yang dilancarkan semalam didakwa diciplak dan mempunyai kesilapan susunan perkataan pada slogannya mula tular di media sosial hari ini.

Mengulas mengenai pameran yang mendapat kerjasama daripada negara Itali itu, Mohamaddin berkata ia dapat mengeratkan hubungan dua negara melalui budaya dan lukisan.

“Saya berharap pada masa depan Malaysia dan Itali boleh mengadakan lebih banya projek kebudayaan, mencetuskan lebih banyak aktiviti pelancongan budaya (dan) juga pertukaran diplomasi untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Kaunselor di Kedutaan Itali di Kuala Lumpur Silvia Marrara berkata projek itu adalah satu daripada kegiatan diplomasi budaya mereka bagi merapatkan jarak dan memudahkan pemahaman dan pengetahuan mengenai seni lukis dan sains Itali dengan membawanya ke Malaysia.

“Bagi mereka yang tidak mampu untuk berjalan ke seluruh dunia untuk melihat karya-karya asli yang terdapat di pelbagai muzium dan gereja, Itali telah memikirkan bagaimana untuk memberi semua orang peluang untuk mengalaminya di sini,” kata beliau dalam ucapannya.

Pameran berkenaan merupakan sebuah pameran reproduksi berteknologi tinggi yang mampu menaikkan kembali perincian karya-karya 500 tahun Leonardo da Vinci yang semakin pudar.

Melalui pameran tersebut pengunjung berpeluang melihat kesemua 17 karya Leonardo da Vinci yang mula dipamerkan bermula 15 Julai sehingga 15 Ogos di Balai Seni Negara.

Antara karya yang dipamerkan ialah La Gioconda o Mona Lisa, The Last Supper, Madona Benois dan Cecilia Gallerani.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Oct 2021

KKM Mahu Bersemuka Dengan Kumpulan Antivaksin

Susulan kes kumpulan antivaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan  berdasarkan kajian klinikal yang sahih. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, perjumpaan tersebut perlu

Trending Mon, 7 Dec 2020
Featured Wed, 2 Jun 2021

Pilih Nama Klasik, Ain Edruce Dedah Wajah & Nama Anak Perempuan

Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelawak Ain Edruce yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan pada 19 Mei lalu. Semalam, menerusi laman Youtubenya, Ain buat pertama kalinya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya

Trending Wed, 7 Apr 2021

Tak Ada Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Keguguran

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran. Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, dia menerima pekhabaran terbabit ketika membuat pemeriksaan kehamilan semalam. “Sebenarnya saya baru tahu

Featured Thu, 1 Dec 2022

“Kenapa Nampak Lagi Cantik Lepas Beranak…” – Netizen Puji Rupa Paras Ayda Jebat

Pasti ramai yang mengenali pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang kini sudah menjadi seorang isteri dan juga ibu kepada anak sulungnya, Ana Nayla. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Ayda di laman TikTok berjaya

Featured Thu, 10 Nov 2022

Adira Suhaimi ‘Ikat’ Peranakan – “Saya Dapat Nasihat Doktor Gara-Gara…”

Mungkin rezeki untuk dapat cahaya mata sampai disini sahaja

Selebriti Sun, 1 May 2022

| Live TV