Trending By: Fatin Nurain June 21, 2024 @ 12:42pm

Lukis Kad Ucapan Sendiri, Hasilkan Hadiah Dari Paku & Benang… Shuib Terharu Dengan Effort Talita Buat Surprise Sempena Hari Bapa

Pelawak dan usahawan terkenal Shuib meluahkan rasa terharu apabila anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra membuat kejutan sempena Hari Bapa, kelmarin.

Menurut Shuib, segala penat lelahnya bekerja hilang seusai menerima kejutan bermakna itu daripada satu-satunya puteri kesayangannya itu.

“Semalam hari yang sibuk sedari pagi. Hari yang penuh dengan meeting dan perkara-perkara yang memeningkan kepala otak. Meeting yang tak habis-habis sampai lah ke tengah malam pukul 12.

“Sesampainya di rumah, di sambut dengan surprise dari Dekta sempena Father Day katanya. MasyaAllah!!!! Hilang semua masalah yang mengusutkan kepala. Syukur, Ya Allah untuk anugerah terindah ini.

“Turunkan Rahmat buat keluarga kecilku Ya Allah, Permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat, Limpahkan kurniaan rezeki dunia akhirat. Amin. Love you Mummy,” tulisnya di kapsyen.

Lebih menarik lagi, Talita telah membuat beberapa kad ucapan yang dilukis sendiri serta menghasilkan hadiah yang berbentuk hati yang diperbuat hanya menggunakan paku dan benang.

Menerusi kad ucapan itu, Talita telah meluahkan rasa sayangnya terhadap Shuib dan menyifatkan bapanya itu seorang yang sangat kuat.

“Dekta sayang daddy sangat-sangat. Thank you for being the best father ever. I will forever love you. Sorry ya, kalau Dekta salah cakap ke, taknak dengar cakap daddy ke, minta maaf ya daddy. I love you so so much.

“Daddy adalah daddy yang sangat baik dan penyabar. I love you. You are my hero. Thank you daddy for everything. Dekta sayang daddy sangat-sangat. Daddy kena kuat tau. Jangan selalu sedih-sedih. Dekta ada untuk daddy.

“Daddy orang yang sangat-sangat kuat yang Dekta pernah jumpa. Daddy selalu senyum eventhough daddy tengah stress. Daddy tahu tak, daddy ni ayah yang paling baik di dunia? Dekta sayang daddy. Thank you jaga I sampai besar,” ucapnya.

Terharu dengan ucapan tersebut, Shuib terus memeluk anak-anaknya dan isterinya, Watie Hanifiah.

@shuibsepahtu Semalam hari yang sibuk sedari pagi.Hari yang penuh dengan meeting dan perkara2 yang memeningkan kepala otak 🤪 meeting yang tak habis2 smpi la ke tgh mlm pkl 12. Sesampai nya di rumah,di sambut dgn surprise dr Dekta sempena Father Day katanya.MasyaAllah!!!! Hilang semua masalah yg mengusutkan kepala.Syukur Ya Allah utk anugerah terindah ini,Turunkan Rahmat buat keluarga kecilku Ya Allah,Permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat,Limpahkan kurniaan rezeki dunia akhirat.Amin Love U Mummy ❤️ @Watie Hanifiah #ShuibFamily ♬ original sound – Shuib Sepahtu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jan 2022

“Buat Baik Dibalas Baik” – Abang Viva Dapat Hadiah Superbike

Pada masa ini, orang ramai mesti sudah mengenali nama Azwan Omar, atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang telah banyak membantu mereka yang menghadapi kesusahan ketika banjir melanda sebelum ini. Sebelum ini, kita mendengar cerita tentang […]

Trending Mon, 3 Feb 2020
Featured Wed, 24 Apr 2024

“Ada Wajah Yang Kita Tak Mahu Berpisah Tapi Terpaksa Melepaskannya” – Datuk Red

Deep betul pesanan Datuk Red. Sebak pula tengok video dia!🤧

Featured Tue, 3 Oct 2023

Yasin Sulaiman Diarah Bela Diri Babitkan Tiga Tuduhan Kes Dadah

Moga urusan pelantun lagu Mimpi Laila ini dipermudahkan💥

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Featured Sat, 22 Jan 2022
Trending Thu, 24 Feb 2022

YouTuber Aiman Kecek Kelate Tinggalkan UK Demi Malaysia

YouTuber Aiman Nasir Wynne, 24, sanggup meninggalkan United Kingdom (UK) demi Malaysia. Pemuda kacukan British dan Kelantan ini menempa populariti menerusi saluran YouTube ‘Aiman Kecek Kelate’ yang mempunyai lebih 109,000 langganan. “Saya pernah datang ke […]

Trending Mon, 27 Aug 2018

「5大厨房实用小物」不用再烦水煮蛋怎么捞

可别以为马来西亚有大创(Daiso),到韩国旅游时就不值得一看,其实里面还是有很多实用小物可以挖宝!

Featured Wed, 29 Nov 2023