Trending By: SGMS Enal January 2, 2019 @ 12:39pm

Mahathir Dinobatkan ‘Muslim Man Of The Year’, Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai ‘Muslim Man of the Year’ dalam buku The Muslim 500 yang menyenaraikan 500 individu muslim berpengaruh di dunia setiap tahun.

The Muslim 500, menyambut ulang tahun penerbitannya ke-10 dalam edisi 2019, meletakkan Mahathir sebagai individu yang ‘luar biasa’ kerana berjaya mencipta sejarah sebagai perdana menteri buat kali kedua sekaligus menjadi pemimpin kerajaan tertua di dunia.

”Lelaki yang luar biasa ini mempunyai kerjaya politik dinamik merangkumi 70 tahun dan pada masa yang sama menjadi penulis kepada 17 buah buku yang diterbitkan.”

”Sepanjang kepimpinannya, pertama sebagai timbalan dan kemudian Perdana Menteri, menyaksikan ianya bertepatan dengan era pembangunan ekonomi dan sosial yang menakjubkan di negara Malaysia.”

”Pada 2003 Mahathir bersara, namun beliau kembali dalam arena politik pada tahun 2006 dengan mengkritik pengganti yang menjadi pilihannya ketika itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi kerana kelemahan dalam aspek ekonomi.”

”Kemudian dia menjadi pengkritik bagi kepimpinan Perdana Menteri seterusnya iaitu Najib Razak dan sejak 2015, beliau berulang kali meminta Najib meletakkan jawatan.”

”Pada tahun 2017, Mahathir membina parti baru dan menyertai pembangkang di atas tiket Pakatan Harapan. Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Najib Razak sekaligus mengangkat Mahathir sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.”

”Tidak kurang hebatnya bagi seorang ahli politik berusia 93 tahun dengan rekod dua serangan jantung dan satu pembedahan pintasan mencipta sejarah untuk Malaysia,” kata Profesor s Abdullah Schleifer, penulis buku The Muslim 500.

Selain terpilih sebagai ‘Man of the Year”, Mahathir turut tersenarai di tangga ke 44 dalam ‘The Muslim 500’.

Mendahului senarai tersebut, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, melonjak dari kedudukannya yang kelima pada tahun lepas, sementara penguasa Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud kekal di tangga kedua.

Buku yang dikeluarkan setiap tahun ini, disusun oleh sebuah Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam (Royal Islamic Strategic Studies Centre) yang berpusat di Amman, Jordan.

Sumber : The Muslim 500

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

Trending Wed, 23 Sep 2020
Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Tak Hirau Kecaman Netizen Pertikai Kelayakan Jadi Artis Pemanas Pentas, Bunga Tetap Bangga…Akhirnya Pengorbanan Ibu Terbalas!

“Ini semua kerana mama. Ayu sayang mama dunia dan akhirat selamanya,” – Bunga

Featured Sun, 12 Jun 2022
Featured Mon, 4 Dec 2023
Featured Fri, 29 Oct 2021
Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Mon, 8 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Ajai & Mas Idayu Beri Peluang Kedua, 5 Pasangan Mara Ke Peringkat Seterusnya… Jom Recap Episod 2!

Episod kedua program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi dan ia menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Malhamka & Yuveena, Syafeek & Zazo, Achik & Maria, Norman & Hazreen serta Pasya & […]

error: Content is protected !!