Trending By: SGMS Enal August 11, 2019 @ 3:06pm

Mak Terlelap, Anak 2 Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

Satu lagi kejadian yang melibatkan kematian kanak-kanak berusia 2 tahun yang didakwa lemas kepanasan di dalam kereta yang berlaku di sebuah kediaman di Tierrasanta, San Diego, California.

Mangsa yang berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia di dalam kereta semasa ibunya dikatakan terlelap di dalam rumah. Mengikut satu laporan berita, setelah ibunya terjaga dari tidur, dia terus menelefon polis untuk melaporkan bahawa anaknya hilang.

Tidak lama dari itu, dia menyedari anaknya berada dalam kereta dan disahkan meninggalkan dunia.

Masih ada jiran-jiran yang baik dan datang ke rumah mangsa untuk memberi sokongan dan semangat kepada keluarga mangsa kerana kehilangan anak kecil yang tersayang.

Salah seorang daripada jiran mangsa berkata ini adalah detik yang paling mencabar untuk seorang yang bergelar ibu. Ini juga boleh dikatakan satu kejadian yang paling malang untuk mereka.

Sehingga kini, polis tidak dapat mengesahkan bagaimana mangsa boleh masuk ke dalam kenderaan tersebut tanpa disedari oleh ibu mangsa.

Sumber: Mirror.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Nov 2023
Featured Mon, 26 Apr 2021

Kongsi Foto Anak Ke-2, Muhammad Afwa Nama Baby Boy Siti… Turut Lancar Muzik Video Terbaru “Anaknda”

Umum maklum, penyanyi no 1 tanah air, Dato Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata kedua beliau pada minggu lalu. Terbaru, menerusi laman Instagramnya, penyanyi itu akhirnya berkongsi wajah dan nama anak keduanya yang […]

Trending Tue, 10 Sep 2019

You Get Haze! You Get Haze! Everyone Gets Haze!

Malaysia has only got four seasons; raya, monsoon, durian and HAZE!

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Derita Masalah Bronkitis & Sinus Yang Teruk, DJ Lin Masuk Wad

Semoga cepat sihat sebab kami semua rindu suara DJ Lin❤️