Trending By: Ad Ops January 8, 2019 @ 11:00am

Malaysia destinasi ketiga di Asia paling popular pada 2018

Sejak kebelakangan ini, aktiviti pelancongan kian popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, tidak kiralah sama ada destinasi pilihan di dalam mahupun luar negara.

Pada masa yang sama, semakin ramai warga asing memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang secara tak langsung meningkatkan tahap ekonomi negara. Baguslah!

Tahukah anda, Malaysia adalah negara ketiga paling banyak menerima tempahan menerusi laman web Agoda pada tahun lalu!

Ini adalah berdasarkan hasil bancian tahunan World Travel Monitor yang memantau jumlah perjalanan keluar dan tingkah laku ketika melancong bagi semua pasaran global.

Laporan yang diterbitkan oleh syarikat perunding pelancongan IPK International itu mengenal pasti dan menyenaraikan destinasi paling popular bagi pelancong dari seluruh dunia pada 2018.

Bagi kategori negara paling popular, Jepun disenaraikan sebagai destinasi utama pilihan pelancong, diikuti Thailand di tempat kedua.

Foto: J. Lekavicius/Shutterstock

Menurut bancian yang sama, Kuala Lumpur dipilih sebagai bandar ketiga paling kerap dikunjungi. Data ini pastinya mengejutkan kerana destinasi pelancongan lain seperti Hong Kong, Osaka, Taipei, Seoul, Singapura dan Bali, yang dikatakan popular, kalah kepada Kuala Lumpur!

Kepelbagaian budaya, layanan baik dan kemesraan orang temapatan dikatakan antara faktor yang membuatkan ramai pelancong memilih Malaysia.

Laporan ini juga menyatakan bahawa di rantau Asia Pasifik, Malaysia merupakan destinasi nombor satu bagi rakyat Singapura, dan nombor dua bagi rakyat Indonesia.

Orang Malaysia pula, menurut laporan tersebut, lebih menggemari destinasi pelancongan dalam negara pada 2018.

Antara tempat-tempat popular adalah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Ipoh, Cameron Highlands, Kuching dan Kuantan. Bagi destinasi antarabangsa pula, rakyat Malaysia memilih Thailand dan Indonesia.

Wah! Harap-harap prestasi Malaysia ini akan kekal mantap pada 2019 dan semoga industri pelancongan negara akan lebih membangun pada masa akan datang.

Apa perancangan pelancongan anda untuk tahun ini? Kongsikan dengan kami!

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Dec 2021

“Tak Semput Ke Motor Bang?” – Pengalaman Pasangan Ini Ke Kota Paris Naik Motor Honda RS150R Mengujakan Netizen

Boleh ke kita mengembara ke kota Paris dengan hanya menaiki motosikal? Sepasang suami isteri ini membuktikan mengembara ke negara Eropah dengan menaiki motosikal bukanlah perkara yang mustahil. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok dibawah nama pengguna […]

Trending Tue, 13 Aug 2019

Isteri Hamil Maut Direnjat Ketika Mandi & Suami Pula …

Kerana sayang dan ingin bantu suami pula..

Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Featured Tue, 28 Feb 2023
Featured Thu, 15 Apr 2021

Syabas! Ejen Ali The Movie Terpilih Mewakili Malaysia Ke Brazil

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie berjaya mencipta sejarah skali lagi apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil. Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup […]