Trending By: tex_admin February 25, 2019 @ 5:20pm

Malaysia menjadi sasaran utama pedofil asing, ini cara anda untuk mengubahnya!

Isu pedofilia perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak. Ketika ini, negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Kemboja sedang giat menjalankan siasatan dan melaksanakan langkah pencegahan membabitkan kes pedofilia di negara masing-masing.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai perkara ini masih berada pada tahap membimbangkan. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan pemangsa mula beralih arah dengan menjadikan Malaysia sebagai sasaran untuk menjalankan kegiatan berkenaan.

Dalam temu bual antara majalah FMT dengan pensyarah Universiti Sains Malaysia, Mohd Taufik Mohamad, beliau mengakui sesetengah ibu bapa di Malaysia masih lagi menganggap perbualan mengenai seks adalah sesuatu yang dilarang dan isu itu tidak sesuai untuk dibincangkan dengan anak-anak. 

Foto: Medical Xpress

Sementara itu, Aegile Fernandez, pengarah bersama organisasi hak asasi manusia Tenaganita, berkata walaupun negara jiran mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai perkara ini, ibu bapa di Malaysia tidak menganggap isu berkenaan adalah suatu perkara yang serius.

Beberapa kes dikesan apabila didapati sindiket pemerdagangan kanak-kanak bagi tujuan seks mula menjalankan kegiatan di kawasan pedalaman di negara ini.

Kanak-kanak miskin yang tinggal di kawasan pedalaman atau miskin bandar didapati lebih terdedah dengan kegiatan ini. Sindiket terbabit menyasarkan kanak-kanak lelaki dari keluarga yang berpecah-belah yang dijaga oleh saudara mara atau jiran tetangga. 

Sindiket itu akan meyakinkan ibu bapa di luar bandar bahawa anak-anak mereka akan diberi pekerjaan dalam industri pertanian di ladang atau industri perikanan dengan menjadi nelayan. 

Foto: Skeptical Science

Kebanyakan ibu bapa beranggapan anak mereka tidak boleh berjaya dengan pendidikan, sekali gus menyebabkan ramai yang terpedaya dengan pujuk rayu pihak sindiket dan menyangka tawaran yang diberikan dapat memberikan pulangan yang lebih lumayan.

Taktik yang biasanya digunakan untuk menarik perhatian mereka adalah dengan menghantar wanita yang menyamar sebagai wakil majikan untuk ke rumah kanak-kanak yang dipilih berdasarkan kriteria tersebut. Mereka akan dijanjikan pekerjaan dengan upah yang boleh mencecah sehingga RM1,000 sebulan. 

Fernandez mendakwa, sebaik saja kanak-kanak itu ‘diserahkan’ kepada sindiket, mereka akan terus dieksploitasi untuk menjadi peminta sedekah atau pekerja seks. 

Pelarian juga merupakan sasaran yang mudah untuk diperdaya sementelah mereka berada dalam keadaan yang terdesak dan tidak sedar dengan kewujudan sindiket sebegini.

Foto: Straits Times

Antara kawasan panas bagi aktiviti pedofilia ini dikatakan di sekitar Bukit Bintang, Brickfields, Pasar Seni dan Ampang memandangkan kebanyakan pekerja seks dalam kalangan kanak-kanak banyak ditemui di kawasan ini. 

Mereka juga terpaksa berhadapan dengan masalah ketagihan dadah kerana telah terdedah dengan najis tersebut sejak kecil bagi memastikan mereka kekal patuh dan mendengar kata.

Antara kes yang dikesan termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dipaksa untuk memperagakan dirinya dengan hanya memakai seluar dalam.

“Sikap rakyat Malaysia yang tidak mempersoalkan situasi kanak-kanak yang menjadi peminta sedekah di jalanan dan kanak-kanak yang diringi oleh orang tua adalah punca perkara ini berlarutan,” katanya Fernandez.. 

Rakyat negara ini juga tidak perlu takut untuk mendedahkan dan melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa. 

Foto: The Sun Daily

Selain itu, terdapat cara mudah untuk membantu pihak berkenaan dengan menggunakan aplikasi mudah alih “Be My Protector”.

Hanya lima langkah diperlukan untuk memfailkan laporan kepada pihak berkuasa dan membantu kanak-kanak malang yang menjadi mangsa pedofilia ini. 

Tenaganita akan menghantar pekerja yang berkelayakan untuk menyiasat kesahihan laporan yang dibuat, sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa untuk tindakan seterusnya.

Anda mampu membuat perubahan!

Sumber: World of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 11 Apr 2022
Featured Tue, 18 Jul 2023

“Pentingnya Guna Tanda Baca” – Terkejut Bila Ditanya Tips Memikat Lelaki, Ini Respons Syifa Melvin

Haa, ingat tu pentingnya tanda baca, kang lain pulak jadinya🤣🤣🤣

Trending Tue, 4 May 2021
Featured Thu, 9 May 2019
Trending Tue, 2 Jun 2020

Covid-19 Dijangka Berakhir 14 Julai Ini- KKM

Semoga ini merupakan khabar gembira buat semua!

Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Trending Wed, 20 Jan 2021

Permohonan Tangguh Bayaran Balik PTPTN Mulai 20 Januari Hingga 31 Mac

Mesti ramai yang nak mohon untuk tanggug bayaran balik PTPTN kan?

Featured Tue, 13 Feb 2024
Trending Fri, 9 Nov 2018

Hati Putera Mateen Milik Wanita Jelita Ini?

Namun begitu, netizen di Twitter memaklumkan wanita jelita ini merupakan sepupu atau family friend kepada Mateen. 

Trending Wed, 17 Apr 2019

Seram! Rakaman Video Kelibat Penampakan Sebenar Nenek Kebayan Di Ulu Kenas, Perak

Seram! rakaman sebenar video penampakan nenek kebayan di Ulu Kenas, Perak.