Trending By: Salma Syahbuddin December 5, 2020 @ 11:56am

Man Bai Tampil Dengan ‘Kau Ilhamku’ Versi 2020 Dengan Terjemahan Berbeza

Sebut sahaja Kau Ilhamku, rata-rata peminat Man Bai yang pernah popular dengan Kumpulan Gersang suatu ketika dahulu mengetahui lagu tersebut.

Mana taknya, lagu ini pernah dijadikan lagu runut bunyi bagi filem Layar Lara yang pernah menjulang trofi Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-13 pada tahun 1997.

Dan sempena sambutan ke-25 lagu popular tersebut, Man Bai tampil memberikan nafas baru kepada lagu tersebut yang diberi judul Kau Ilhamku 2020.

Namun, lagu ciptaan Asmin Mudin ini mempunyai terjemahan berbeza dari rakaman asal. Susunan muzik yang segar oleh Man Bai, bersama penerbit, komposer dan penyusun muzik terkenal Mac Chew, Kau Ilhamku 2020 menjanjikan muzik yang lebih indah.

” Secara peribadi, lagu ini istimewa”

Menurut Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman, lagu Kau Ilhamku begitu istimewa buat dirinya.

Menerusi KAU ILHAMKU 2020, saya cuba memberikan penghargaan sewajarnya kepada lagu yang pernah menaikkan semula nama saya pada suatu masa dahulu. Dengan memberikan nafas baharu kepada lagu ini dengan susunan muzik yang lebih gah, lagu ini menyajikan sajian muzik  yang lebih indah. Sesuai dengan maksud lagu ini yang mengangkat taraf seseorang yang menjadi sumber ilhamnya, saya cuba mengangkat taraf lagu ini ke peringkat lebih tinggi.   Saya berharap menerusi terjemahan terbaharu saya menerusi  KAU ILHAMKU 2020,lagu ini akan kekal relevan sepanjang zaman” katanya.

Jadi, buat semua peminat Man Bai atau peminat lagu Kau Ilhamku, single terbitan Universal Music Malaysia ini juga boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 4 Disember 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 30 Apr 2023
Featured Tue, 4 Jul 2023
Trending Thu, 7 Mar 2019

Takziah! Kisah Nur Aisyah Aleya Berakhir Dengan Kematian

Kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu kini menemui pengakhiran apabila mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Trending Thu, 17 Jan 2019

Betul ke yang dalam kelab itu juara Dewi Remaja? Baru saja menang dah buat hal!

Netizen gesa tarik gelaran juara jika Haneesya didapati terbabit di dalam pesta arak.

Featured Sat, 30 Jul 2022

“Setengah Orang Hanya Ditakdirkan Sebagai Kenangan..” – Tulis Ciapan Patah Hati, Netizen Spekulasi Hubungan Aedy Ashraf & Amelia Henderson Putus

Ehh, tweet Aedy semenjak dua hari ni macam broken je.. Hm betul ke putus dengan Amelia Henderson? 🥲 Apapun semoga yang baik baik je antara mereka 🥲

Sihat Sat, 28 Sep 2019
Hiburan Mon, 24 Jul 2023